Sikap, inisiatif dan regulasi kendiri pentadbir terhadap pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Mani Rajan Ellappan
Subject
HC Economic History and Conditions
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2018
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan, sumbangan dan membina model sikap, inisiatif, regulasi kendiri terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 247 orang pentadbir daripada 26 buah IPG seluruh Malaysia yang dipilih menerusi teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen digunakan berbentuk soal selidik Likert lima mata dan pengelompokkan item yang tepat mengikut konstruk dan sub konstruk kajian dibina melalui proses Analisis Faktor Penerokaan (EFA). Manakala Analisis Faktor Pengesahan (CFA) digunakan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan konstruk. Model pembentukan sikap, inisiatif dan regulasi kendiri pentadbir IPG terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari telah dibina menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM). Dapatan EFA telah membentuk empat konstruk utama iaitu sikap, inisiatif, regulasi kendiri dan pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari. Terdapat empat sub konstruk bagi sikap, tiga sub konstruk bagi inisiatif, enam sub konstruk bagi regulasi kendiri dan lapan sub konstruk bagi perancangan. Analisis korelasi Pearson bagi setiap konstruk menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif antara sikap r(245)=.370, p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.