UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan kepimpinan pengajaran guru besar dan disiplin kerja dengan motivasi kerja dan pencapaian prestasi akademik pelajar sekolah rendah Jakarta Pusat Indonesia. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Sampel kajian terdiri daripada enam orang responden bagi kaedah (temu bual) dan 150 orang responden (tinjauan). Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan prestasi akademik pelajar dengan nilai hubungan korelasi sebesar (r = 0.454, p < 0.05); hubungan yang signifikan antara disiplin kerja guru dengan prestasi akademik pelajar dengan nilai korelasi sebesar (r= 0.576, p < 0.05); hubungan yang signifikan diantara motivasi kerja dengan prestasi akademik pelajar dengan nilai korelasi sebesar ( r = 0.537, p < 0.05); hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan motivasi kerja guru dengan nilai korelasi sebesar (r = 0.580, p < 0.05); hubungan yang signifikan antara disiplin kerja guru dengan motivasi kerja guru dengan nilai korelasi sebesar (r= 0.541, p < 0.05). Kajian ini ini di sokong dengan kajian kualitatif yang mendapati kepemimpinan pengajaran guru besar, disiplin kerja guru memiliki hubungan dengan motivasi kerja serta prestasi akademik pelajar. dengan demikian hasil kajian menunjukkan bahawa untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik dan motivasi kerja boleh dilakukan dengan meningkatkan kepimpinan pengajaran guru besar dan disiplin kerja dalam Sekolah Rendah Negeri Jakarta. Oleh itu, faktor utama dalam peningkatan prestasi akademik dan motivasi kerja adalah penambahbaikan dan peningkatan kualiti kepimpinan pengajaran guru besar dan disiplin kerja guru. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |