UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Kusom Yamirudeng
Title :Pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu elektif (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2018
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji modul pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu Elektif (KBME) yang digunakan di Universiti Thaksin, Thailand. Model ASSURE (Analiyze learners, State objective, Select instructional method, media and materials, Utilize media and materials, Require learner participation and Evaluate and revise) digunakan bagi pembangunan model, manakala pendekatan pengajaran bahasa secara kontekstual (Contexualized Language Instruction: CLI) digunakan untuk merancang aktiviti dalam setiap modul. Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu Fasa 1: Analisis keperluan, Fasa 2: Reka bentuk dan pembangunan modul, dan Fasa 3: Dua orang pakar, empat orang pensyarah dan lima orang pelajar dilibatkan dalam fasa 2. Seramai 40 orang pelajar dan seorang pensyarah dilibatkan dalam fasa 3. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu (UPBM), Borang Penilaian Modul (BPM), komen bersemuka, dan protokol temu bual digunakan sebagai instrumen kajian Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penguasaaan bahasa Melayu pelajar-pelajar KBME berada pada tahap lemah (51.74%). Dapatan juga mendapati bahawa aspek penguasaan lisan, latih tubi, bahan bantu mengajar, persekitaran pengguna bahasa dan peranan penutur jati perlu diberi penekanan dalam pembangunan modul. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa skor penilaian modul oleh pakar dan pensyarah berada pada tahap baik (min 4.16). Pakar dan pensyarah turut menyarankan agar modul ini ditambah baik, khususnya daripada aspek persembahan dan kandungan. Dapatan kajian lapangan pula menunjukkan bahawa modul KBME ini boleh dilaksanakan dengan sedikit pengubahsuaian. Kesimpulannya, modul KBME dapat dilaksanakan secara berkesan serta meningkatkan minat pelajar. Implikasi kajian, modul KBME dapat memberi kesan positif terhadap proses PdP Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)