UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Rusini Kamaluddin
Title :Amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan meneliti amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berbentuk soalan terbuka, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Responden ialah 30 orang guru prasekolah yang menjawab soal selidik dan lima orang yang terlibat dalam pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks. Dapatan kajian menunjukkan guru menumpukan lima daripada 16 nilai murni yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), iaitu hormat-menghormati, berterima kasih, kejujuran, berdisiplin dan baik hati. Kajian juga mendapati tujuan utama nilai murni diterapkan ialah untuk membentuk peribadi yang baik, memupuk semangat yang positif, membentuk jati diri, mewujudkan insan yang seimbang dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Aktiviti rutin harian merupakan cara utama guru menerapkan nilai murni. Guru menghadapi masalah untuk menerapkan nilai murni disebabkan wujudnya perbezaan latar belakang keluarga dalam kalangan murid prasekolah. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan guru kurang menerapkan nilai murni secara langsung dan tidak berfokus melalui kandungan pengajaran dan pembelajaran. Implikasinya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya menambahbaik pelaksanaan KSPK dengan mengutamakan penerapan nilai murni secara menyeluruh melalui seminar, kursus dan bengkel bagi memastikan guru menerapkan nilai murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)