UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Main Author :Amarumi Alwi
Title :Kesan modul kemahiran hijau dalam reka bentuk dan teknologi terhadap pencapaian pengetahuan murid tahun lima di sekolah rendah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2019
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan modul kemahiran hijau (Kh) dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen ujian pra dan pasca. Pensampelan rawak kluster digunakan untuk memilih seramai 62 orang murid Tahun Lima di sekolah rendah. Seramai 32 orang murid dalam kumpulan rawatan yang menggunakan modul Kh manakala 30 murid kumpulan kawalan menggunakan panduan RBT berdasarkan buku teks selama sembilan minggu. Modul Kh dibangunkan berdasarkan Model ADDIE iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Implementasi dan Penilaian. Kandungan modul diperoleh berdasarkan Teknik Dephi Terubah Suai bersama sembilan orang pakar. Terdapat lima elemen pengetahuan dan enam elemen amalan dalam kemahiran hijau dimasukkan dalam Modul Kh. Modul Kh mempunyai kesahan pakar yang tinggi iaitu 80.6%. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca, soal selidik dan penilaian rubrik. Analisis ujian-t sampel bebas dan SPANOVA, digunakan untuk menentukan kesan modul Kh terhadap pencapaian pengetahuan murid. Hasil ujian-t sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (kawalan, M=74.9, SP=1.70 dan rawatan, M=75.4, SP=1.52) ujian pra pengetahuan terhadap kemahiran hijau bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan iaitu, t(60)=(-1.083); p>0.05 pada aras signifikan, α=0.05 menunjukkan tahap pengetahuan murid sebelum menggunakan modul adalah pada tahap yang setara. Namun dapatan SPANOVA bagi ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan, F(1,60)=886.749, p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)