UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Shasitharan Raman Kutty
Title :Penggunaan kelas berbalik (Flipped Classroom) dalam perkembangan dimensi moral guru praperkhidmatan opsyen pendidikan moral (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2019
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk meneroka potensi Kelas Berbalik (Flipped Classroom) dalam memperkembangkan dimensi moral guru praperkhidmatan (GPP) opsyen Pendidikan Moral di institut pendidikan guru. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Model kajian tindakan Zuber- Skerritt digunakan untuk mengkaji keupayaan kaedah Kelas Berbalik (KB) dalam mengembangkan aspek pemikiran, emosi dan amalan moral GPP opsyen Pendidikan Moral. Seramai 18 orang peserta kajian telah dipilih dari institut pendidikan guru untuk tujuan pengumpulan data. Data dikumpul dengan menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, catatan jurnal, rakaman video dan data dianalisis menggunakan kaedah analisis tema Braun dan Clarke. GPP terlibat dalam aktiviti prapengajaran, sesi interaksi bersemuka dan aktiviti pasca pengajaran dalam tiga gelung kajian tindakan. Dapatan kajian dalam Gelung 1 menunjukkan perkembangan tiga unsur pemikiran iaitu pemikiran moral yang rasional, penelitian dalam membuat keputusan moral dan justifikasi terhadap tindakan yang diambil. Dapatan kajian dalam Gelung 2 pula menunjukkan KB dapat mencetuskan emosi kendiri GPP seperti emosi sedih, gembira, menyesal dan bangga selain membangkitkan perasaan seperti belas kasihan, perasaan empati, benci, malu dan kasih sayang. Manakala Gelung 3 menunjukkan amalan moral yang dikenal pasti adalah berupaya melaksanakan tugas, bekerja bersama-sama, bertolak-ansur, berketrampilan, berani, berdikari, saling- menolong, menepati masa, pekerti mulia dan rajin. Dapatan keseluruhan kajian dalam Gelung 1, 2 dan 3 merumuskan teknik KB dapat mengembangkan aspek pemikiran, emosi dan amalan moral GPP institut pendidikan guru. Kajian ini mempunyai implikasi penting terhadap pedagogi Pendidikan Moral iaitu sumbangannya terhadap budaya instruksional dan amalan pengajaran pemudahcaraan Pendidikan Moral dalam struktur kurikulum di IPG.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)