Kesan pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam mengimprovisasi idea muzik
Type
Thesis
Main Author
Maizatul Safina Zainuddin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2018
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan kaedah pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid dalam mengimprovisasi idea muzik berbanding kaedah tradisional. Reka bentuk kuasi- eksperimen ujian pra pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (Pre Test-Post Test, Non-equivalent Control Group Design) digunakan dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 54 orang murid tahun 4 Dedikasi dan 4 Cemerlang SK Pengkalan. Kedua- dua kumpulan diberikan ujian pra untuk menguji kemahiran dan melihat sama ada kumpulan tersebut memperoleh keputusan setara atau tidak. Selepas melalui tiga sesi pembelajaran, kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pos untuk melihat kesan kaedah pembelajaran yang digunakan. Kumpulan eksperimen diberi rawatan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif TGT manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang siginifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan terhadap min skor ujian pra dan pos. Ujian T adalah signifikan t (52) = 7.238, p < .000. Ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran koperatif TGT dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mengimprovisasi idea muzik. Di samping itu, hasil kajian ini memberi implikasi ke atas gaya pembelajaran murid dan telah menyumbang kepada bidang Pendidikan Muzik dengan menemukan kaedah pengajaran muzik yang berasaskan pembelajaran koperatif TGT.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.