UPSI Digital Repository (UDRep)

Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek

AVAILABLE Thesis 1704 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek
Type
Thesis
Main Author
Noor Ashikin Mohd Yusop
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2019
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Sifat ingin tahu kanak-kanak merupakan asas kepada penerokaan, penemuan, pembentukan pengetahuan dan konsep sains tentang dunia di sekeliling mereka. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan di sebuah tadika dan melibatkan dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus yang terdiri daripada l5 orang kanak-kanak. Kajian kes ini melibatkan empat projek iaitu Stomata, Darah, Sabun dan Rama-rama. Data kajian ini diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara beberapa sumber data daripada pemerhatian, dokumen, temu bual tidak berstruktur dan separa berstruktur. Hasil kajian mendapati kerangka alternatif kanak-kanak tentang Alam Kehidupan adalah berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Seterusnya, terdapat lima faktor yang mempengaruhi kerangka alternatif kanak-kanak iaitu imaginasi, bahasa harian, ciri-ciri animisme, pandangan berpusatkan diri dan berfokus kepada satu ciri. Soalan, lembaran aktiviti, ramalan, web kanak-kanak dan lakaran pula didapati digunakan oleh pendidik untuk mengenal pasti kerangka alternatif kanak-kanak. Untuk mengubah kerangka alternatif kanak-kanak, strategi yang digunakan oleh pendidik termasuk aktiviti penyiasatan, menonton tayangan video, bertemu pakar dan kerja lapangan. Dapatan daripada pelbagai sumber data mendapati elemen-elemen pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif kendiri kanak- kanak dapat ditonjolkan menerusi soalan kanak-kanak, pemilihan bahan dan alat radas, tatacara pelaksanaan penyiasatan serta pembangunan projek. Menerusi aktiviti penyiasatan yang dikendalikan oleh kanak-kanak, penguasaan kemahiran proses sains asas yang paling dominan ialah memerhati diikuti dengan membuat ramalan sepanjang aktiviti projek. Di samping itu, kemahiran proses sains bersepadu seperti membina hipotesis dan mengeksperimen turut dikuasai oleh kanak-kanak. Berdasarkan dapatan kajian ini, sebuah Kerangka Penglibatan dalam Pendekatan Projek telah dibina sebagai panduan untuk menjelaskan hubungan kerjasama di antara kanak-kanak, pendidik dan komuniti dalam menjayakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara inisiatif kendiri kanak-kanak. Hasil kajian ini juga memberi implikasi terhadap transformasi dalam amalan pembelajaran secara inisiatif kendiri kanak-kanak bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.