UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PN2000 Dramatic representation. The Theater
Main Author :Syarul Azlina Sikandar
Title :Festival Short+Sweet: format alternatif menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden di Malaysia
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini dilaksanakan untuk menilai sejauh mana festival Short+Sweet berkemampuan untuk menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden di Malaysia. Festival Short+Sweet merupakan sebuah format festival yang diperkenalkan di negara Australia pada tahun 2002. Kesan daripada perkembangan dan pengaruh festival ini ke seluruh negara, festival ini telah mendapat gelaran dan pengiktirafan daripada 'World Book Of Record' (2010) yang dikenali sebagai "The Biggest Little Play Festival In The World ". Impak pemberian anugerah dan pengiktirafan tersebut telah berjaya memperlihatkan pementasan teater pendek menjadi pilihan utama kepada penggiat kini. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti format festival Short+Sweet dan menganalisis elemen format festival Short+Sweet dan seterusnya menilai format ini untuk membuktikan dapat menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden. Di Malaysia, Festival Short+Sweet diketengahkan oleh Faridah Merican yang merupakan pemilik Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) bermula pada tahun 2008. Oleh itu,metodologi kajian ini akan menemu bual Faridah Merican sebagai perintis dalam penerbitan festival Short+Sweet dan seterusnya berjaya mengekalkan festival Short+Sweet di Malaysia yang bermula dari tahun 2008 sehingga kini. Penyelidikan ini juga turut menemu ramah beberapa orang penggiat teater yang mempraktikkan format ini sehingga berjaya memperkembangkan dan masih bertahan dalam bidang pementasan teater. Hasil tinjauan kajian mendapati pementasan teater pendek menerusi format festival didapati berkebolehan menggalakkan pertambahan produksi teater, meningkatkan bilangan penggiat teater, mendorong pembangunan khalayak penonton teater, menghasilkan pembaharuan dalam konsep dan gaya pementasan berdurasi 10 minit sahaja, meningkatkan impak promosi dan pasaran ke tahap antarabangsa dan membuka ruang dalam mendapatkan dana dan penajaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.