Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus
Type
Thesis
Main Author
Sazanah Md Ali
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2018
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus. Faktor-faktor penerimaan dikaji berpandukan konstruk model penerimaan teknologi (TAM), seperti tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, sikap terhadap penggunaan dan hasrat bertingkah laku. Selain itu, faktor luaran seperti faktor psikologi, sosial, teknologi dan institusi turut ditambah sebagai model lanjutan TAM. Beberapa siri video tutorial mempelajari perisian dalam bentuk screencast dibangunkan dan dimuat naik kepada dua bentuk laman perkongsian video iaitu laman perkongsian video berbentuk pendidikan berfokus (LearnSoftware) dan laman perkongsian video berbentuk media sosial (YouTube) bagi tujuan kajian ini. Soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi membandingkan serta menilai tahap penerimaan pelajar terhadap konstruk asal dan lanjutan model TAM yang telah dibina. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan data dikumpulkan daripada 294 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian Multimedia (major dan minor) dari lima buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Hasil ujian T mendapati bahawa wujud perbezaan tahap penerimaan antara laman YouTube dan LearnSoftware dari aspek tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna dan hasrat bertingkah laku. Dari aspek sikap terhadap penggunaan pula, tidak wujud sebarang perbezaan signifikan. Hasil analisis regresi mendapati faktor psikologi merupakan faktor paling utama dalam menyumbang terhadap pengaruh tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, sikap serta hasrat seseorang pelajar untuk menerima dan menggunakan laman perkongsian video pendidikan berfokus. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap LearnSoftware dan YouTube adalah tidak sama dan aspek psikologi merupakan penyumbang utama terhadap tingkah laku dan penerimaan terhadap laman perkongsian video berbentuk pendidikan berfokus. Implikasinya, dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak institusi pendidikan, pelajar dan tenaga pengajar serta pembangun laman perkongsian video dalam memahami tingkah laku pelajar terhadap penerimaan dan penggunaan teknologi baru yang diperkenalkan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.