Kesan kepercayaan dan sikap terhadap reaksi mengklik iklan dan memohon pekerjaan dalam talian oleh pencari kerja di Selangor
Type
Thesis
Main Author
Faizan Iza Zainuddin
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kepercayaan dan sikap terhadap reaksi mengklik iklan dan memohon pekerjaan dalam talian oleh pencari kerja di Selangor. Dengan menggunakan kaedah tinjauan dan bersifat kuantitatif, data para pencari kerja dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Sebanyak 331 jumlah sampel telah diperolehi dan analisis. Data dianalisis menggunakan teknik Structural Equation Modelling (SEM) untuk menguji kesan langsung antara faktor kepercayaan dengan reaksi, faktor kepercayaan dengan sikap dan sikap dengan reaksi. Selain itu, kajian ini menguji pembolehubah sikap sebagai perantara terhadap hubungan antara kepercayaan dengan reaksi dan akhirnya, mengkaji peranan jantina sebagai moderator terhadap hubungan antara reaksi dan penentu-penentunya. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pembolehubah kepercayaan memberi kesan terhadap reaksi, kepercayaan memberi kesan terhadap sikap, manakala sikap pula memberi kesan terhadap reaksi. Bagi ujian perantara, sikap berfungsi sebagai pembolehubah perantara terhadap hubungan antara kepercayaan dengan reaksi. Keputusan kajian menunjukkan pembolehubah jantina sebagai moderator memberi kesan terhadap hubungan antara kepercayaan, sikap, dan reaksi. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa kepercayaan dan sikap memberi kesan ke atas reaksi mengklik iklan dan memohon pekerjaan dalam talian. Implikasi kajian menyediakan asas pengetahuan dan pandangan kepada bakal majikan atau pengiklan dalam memahami tindakbalas pencari kerja terhadap iklan pekerjaan yang dipaparkan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.