UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Penyelidikan ini bertujuan untuk membandingkan konsep nubuwwah mengikut perspektif al-Farabi (m. 950M) dan al-Dihlawi (m. 1763M) berdasarkan kitab Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah dan Hujjah Allah al-Balighah. Kajian ini juga mengkaji rahsia syariat (asrar al-syari‘ah) dan kebenaran perutusan para Nabi sebagaimana yang diketengahkan oleh kedua-dua tokoh tersebut. Penyelidikan ini berbentuk kualitatif secara penyelidikan kepustakaan. Ia menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif dalam menganalisis data-data penyelidikan dan membuat perbandingan terhadap pemikiran kedua-dua tokoh. Dapatan kajian mendapati bahawa kriteria al- quwwah al-mutakhayyalah (daya imaginasi) dan mufahhamun (golongan yang diberi faham) merupakan sifat para Nabi yang telah berjaya membangunkan peradaban tamadun manusia. Penjelasan konsep nubuwwah al-Farabi secara rasional dan al- Dihlawi berdasarkan wahyu telah membenarkan perutusan risalah para Nabi dalam membangunkan ummah. Justeru, para Nabi boleh dijadikan model kepada ummah khususnya pemimpin dalam membina sebuah negara yang unggul. Di samping itu, hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut tentang kebenaran para Nabi dapat menyangkal keingkaran golongan anti hadis dan nabi palsu dalam kalangan masyarakat kini. Namun, penyelidikan yang lebih komprehensif pada masa hadapan perlu dilaksanakan bagi memperkemaskan lagi pemahaman tentang konsep nubuwwah tersebut. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |