UPSI Digital Repository (UDRep)

Perbandingan pemikiran al-Farabi dengan al-Dihlawi tentang konsep nubuwwah dalam kitab Ara Ahl al-Madinah al-Fadilah dan Hujjah Allah al-Balighah

AVAILABLE Thesis 1045 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perbandingan pemikiran al-Farabi dengan al-Dihlawi tentang konsep nubuwwah dalam kitab Ara Ahl al-Madinah al-Fadilah dan Hujjah Allah al-Balighah
Type
Thesis
Main Author
Mohd Nazri Mat Zin
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2018
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk membandingkan konsep nubuwwah mengikut perspektif al-Farabi (m. 950M) dan al-Dihlawi (m. 1763M) berdasarkan kitab Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah dan Hujjah Allah al-Balighah. Kajian ini juga mengkaji rahsia syariat (asrar al-syari‘ah) dan kebenaran perutusan para Nabi sebagaimana yang diketengahkan oleh kedua-dua tokoh tersebut. Penyelidikan ini berbentuk kualitatif secara penyelidikan kepustakaan. Ia menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif dalam menganalisis data-data penyelidikan dan membuat perbandingan terhadap pemikiran kedua-dua tokoh. Dapatan kajian mendapati bahawa kriteria al- quwwah al-mutakhayyalah (daya imaginasi) dan mufahhamun (golongan yang diberi faham) merupakan sifat para Nabi yang telah berjaya membangunkan peradaban tamadun manusia. Penjelasan konsep nubuwwah al-Farabi secara rasional dan al- Dihlawi berdasarkan wahyu telah membenarkan perutusan risalah para Nabi dalam membangunkan ummah. Justeru, para Nabi boleh dijadikan model kepada ummah khususnya pemimpin dalam membina sebuah negara yang unggul. Di samping itu, hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut tentang kebenaran para Nabi dapat menyangkal keingkaran golongan anti hadis dan nabi palsu dalam kalangan masyarakat kini. Namun, penyelidikan yang lebih komprehensif pada masa hadapan perlu dilaksanakan bagi memperkemaskan lagi pemahaman tentang konsep nubuwwah tersebut.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.