UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Norafidah Noralidin
Title :Pembinaan model pengajaran kemahiran menulis karangan berdasarkan teori konstruktivisme (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membina model pengajaran kemahiran menulis berdasarkan teori konstruktivisme. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti amalan pengajaran guru, meneroka pengetahuan guru berkaitan penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran karangan dan mengenal pasti ciri-ciri konstruktivisme dalam pengajaran kemahiran menulis karangan. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah fenomenologikal. Kajian ini dilaksanakan sebanyak dua fasa yang setiap satu fasa dibahagikan kepada dua peringkat. Setiap satu peringkat dalam kajian ini akan menjawab soalan kajian yang ditetapkan. Pemilihan peserta kajian berdasarkan kaedah peserta bertujuan yang melibatkan tiga orang guru Bahasa Melayu tingkatan dua yang mengajar di sebuah daerah di Papar Sabah. Enam instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu senarai semak, nota lapangan, rancangan pengajaran harian guru, refleksi pengajaran guru dan transkripsi temu bual dan rakaman video. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru masih mengamalkan pengajaran berpusatkan murid dan buku teks menjadi bahan utama dalam pengajaran. Guru juga didapati menekankan proses pengajaran karangan berbanding proses pembelajaran murid dalam pengajaran kemahiran penulisan. Kajian juga mendapati bahawa guru mempunyai pengetahuan berkaitan penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran kemahiran penulisan. Selain itu, didapati bahawa ciri-ciri asas dalam teori konstruktivisme telah diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran kemahiran penulisan. Antaranya ialah pengajaran berpusatkan murid, guru berperanan sebagai fasilitator, aktiviti pembelajaran berkumpulan , penilaian kendiri dalam kalangan murid dan berlaku proses pembinaan pengetahuan baharu. Implikasinya, kajian ini telah berjaya membina satu model pengajaran kemahiran menulis karangan berdasarkan teori konstruktivisme.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)