UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HQ The family. Marriage. Woman
Main Author :Mohd Sahardi Ismail
Title :Pembinaan dan validasi Instrumen Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Prasekolah menggunakan model pengukuran Rasch (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Instrumen Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak Prasekolah (IPSP) untuk mengukur perkembangan sosioemosi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dengan skala likert empat mata. Responden terdiri daripada 710 orang guru dan 1250 kanak-kanak prasekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia, KEMAS, serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Draf awal instrumen yang dibangunkan mempunyai 53 item yang dibina berdasarkan model Miller daripada tiga konstruk iaitu mengurus emosi, membina emosi positif, dan membina hubungan sosial. IPSP menggunakan Model Pengukuran Rasch melalui Principal Component Analysis (PCA) dan kesepadanan item seperti MNSQ dan polariti item (PTMEA). Hanya 32 item dikekalkan dalam draf akhir IPSP berdasarkan nilai PCA dan kesepadanan item. Keputusan PCA menunjukkan sebanyak 57.7% dengan varians dapatkan dijelaskan oleh item-item dalam IPSP dan 5.9% varians tidak dapat dijelaskan oleh kontras pertama. Dari sudut polariti item, setiap item menyumbang kepada pengukuran tersebut antara 0.59 hingga 0.75. Kebolehpercayaan individu bagi instrumen ini ialah 0.95 dengan pengasingan 4.43, manakala kebolehpercayaan item ialah 0.99 dengan nilai pengasingan 9.18, menunjukkan kecukupan sampel dan item. Kesimpulannya, IPSP menunjukkan bukti-bukti kesahan dan kebolehpercayaan yang baik melalui analisis Rasch. Responden juga mempunyai persepsi yang positif terhadap kebolehgunaan (88% guru) dan kebolehtadbiran (89.4% guru) instrumen ini. Implikasinya, IPSP mempunyai potensi untuk digunakan di prasekolah di Malaysia. Pembinaan IPSP ini menambah koleksi instrumen perkembangan murid prasekolah sedia ada, di samping memperluaskan penggunaan Model Pengukuran Rasch ke peringkat prasekolah di Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)