Kesan model instruksi TGfU dan set terhadap konfigurasi permainan bola baling murid tingkatan dua
Type
Thesis
Main Author
Vanitha Palaniappan
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kesan instruksi permainan berasaskan model TGfU, Stail Pedagogikal SET dan Model Konvensional terhadap murid lelaki tingkatan dua dalam prestasi pelaksanaan kemahiran dan keupayaan membuat keputusan taktikal (hantaran dan jaringan) dalam permainan mini 4 lawan 4, serta keseronokan penglibatan dalam permainan bola baling. Kajian ini juga menggunakan penulisan nota refleksi bagi meneroka tanggapan murid tentang proses instruksi. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi-eksperimen pra-pasca ujian dengan dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Sampel seramai N=96 pelajar yang berumur 13-14 tahun diagihkan secara rawak dan seimbang kepada tiga kumpulan n=32. Instrumen kajian kuantitatif terdiri dari Instrumen Penilaian Prestasi Permainan (GPAI) dan Skala Keseronokan Aktiviti Fizikal (PACES), serta nota refleksi digunakan bagi kajian kualitatif. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan ANCOVA dan post-hoc, manakala data kualitatif dianalisis berdasarkan analisis konten. Dapatan kajian menunjukkan TGfU (.805±.924) lebih signifikan berbanding dengan model SET (.700±.984) dan Konvensional (.647±.969) terhadap prestasi pelaksanaan kemahiran hantaran dan jaringan (TGfU, .644±.1194; Konvensional, .608±.0854; SET, .577±.0871). Manakala dapatan bagi keupayaan membuat keputusan taktikal dalam permainan mini 4 lawan 4 juga menunjukkan TGfU (.646 ±.124) lebih signifikan berbanding dengan model SET (.619±.126) dan Konvensional (.600±.135) bagi kemahiran hantaran dan jaringan (TGfU, .658±.0813; SET, .636±.1026; Konvensional, .576±.128). Sehaluan dengan ini, aspek keseronokan penglibatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara model instruksi TGfU (2.09±.1644), SET (2.02±.1227) dan Konvensional (2.00±.0868) pada peringkat pasca ujian. Analisis data kualitatif menunjukkan bahawa kaedah instruksi TGfU dan SET dapat meningkatkan penguasaan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan membuat keputusan taktikal murid berbanding model Konvensional. Rumusannya, hasil kajian mendapati model TGfU lebih ketara mempengaruhi konfigurasi permainan. Disyorkan instruksi permainan dalam Pendidikan Jasmani di sekolah menggunakan model TGfU yang dikukuhkan dengan aspek keseronokan dan tahap keupayaan murid seperti yang dicadangkan dalam kajian ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.