UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Fairus Fariza Zainudin
Title :Corak pergerakan multiplanar dan daya jujahan vertikal semasa berjalan dan cangkung separa dalam kalangan dewasa sihat dan pesakit Rekonstruksi Ligamen Krusiata Anterior (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2018
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Analisis corak pergerakan (CP) dalam kalangan pesakit Rekonstruksi Ligamen Krusiata Anterior (RLKA) adalah penting dalam perancangan rehabilitasi berkesan. Sehingga kini, maklumat berkaitan CP multiplanar aktiviti fungsian dalam kalangan dewasa sihat dan pesakit RLKA adalah terhad. Kajian ini bertujuan menilai CP aktiviti berjalan dan cangkung separa dalam kalangan dewasa sihat dan pesakit RLKA. Kajian kawalan kes terpadan ini melibatk:an seramai 28 individu lelaki (14 RLKA, 14 dewasa sihat) sepadan umur dan Indeks Jisim Tubuh. Sistem analisis pergerakan tiga dimensi (3D) digunakan bagi merekod CP peserta kajian semasa berjalan dan cangkung separa. Ujian-t berpasangan dan ujian-t tidak bersandar digunakan bagi menganalisis data sudut pergerakan torso, pelvis dan anggota bawah serta daya tujahan vertikal (DTV). Semasa berjalan, dewasa sihat menunjukkan CP multiplanar yang asimetri pada semua segmen tubuh serta DTV yang seimbang pada kedua-dua belah kaki. Bagi pesakit RLKA, CP multiplanar yang asimetri berlaku pada torso, pelvis dan pergelangan kaki, manakala analisis DVT menunjukkan perbezaan signiflkan diantara kaki cedera iaitu 28.74(4.10) N.rnl kg dan kaki tidak cedera 25.52(3.19) N.rnl kg semasa fasa toe-off (p< 0.05). Perbandingan CP diantara pesakit RLKA dan dewasa sihat mendapati perbezaan CP pada satah frontal torso dan pelvis (p< 0.001) serta pada satah sagital lutut dan pergelangan kaki (p< 0.001). Semasa berjalan, kaki cedera RLKA menerima pembebanan DTV yang lebih tinggi iaitu 28.74 (4.10) N.rnl kg berbanding kaki dewasa sihat 24.81 (2.69) N.rnl kg (p< 0.05).Semasa cangkung separa, dewasa sihat menunjukkan perbezaan sudut lebih tinggi pad a kaki kanan (M = 35.41 N .rnlkg, s.p = 14.35 N.rnlkg) berbanding kaki kiri (M = 16.51 N.rnlkg, s.p = 11.84 N.rnlkg), p = 0.004. Bagi pesakit RLKA, perbezaan ditemui pada satah frontal pinggul iaitu kaki cedera, -7.64° (4.84°) dan kaki tidak cedera, -11.93° (4.28°) serta pada satah transversal pergelangan kaki iaitu kaki cedera, 13.12° (18.46°) dan kaki tidak cedera, 22.22° (16.94°). Perbandingan puncak DTV menunjukkan kaki tidak cedera menerima pembebanan puncak yang lebih tinggi iaitu sebanyak 42.59(18.36) N.m/kg berbanding kaki cedera, iaitu 19.99 (17.17) N.rnlkg, p < 0.05. Pesakit RLKA menunjukkan sudut pergerakan pergelangan kaki RLKA yang lebih kecil iaitu 98.28° (10.42°) berbanding dewasa sihat iaitu 112.72° (10.70°) (p < 0.001) pada satah sagital. Perbandingan nilai puncak DTV tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan diantara pesakit RLKA dengan dewasa sihat (p = 0.34) Kesimpulannya, setiap kumpulan kajian mempunyai CP multiplanar yang unik, bersandar pada aktiviti fungsian yang dilakukan. Selain itu, perbezaan corak pembebanan DTV turut dipengaruhi oleh jenis aktiviti fungsian. Dapatan kajian ini turut menekankan kepentingan mengenal pasti CP kompensatori dan corak pembebanan DTV pada fasa awal rehabilitasi bagi membantu ahli flsioterapi mereka bentuk program senaman khusus selepas RLKA.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)