UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Rosni Mansor
Title :Penglibatan murid dalam program satu murid satu sukan sekolah rendah di daerah Kuala Kangsar, Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2018
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap dan faktor penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) sekolah rendah di Daerah Kuala Kangsar, Perak. Kajian ini juga mengukur tahap kebolehgunaan kemudahan dan peralatan sukan dan tahap kemahiran Guru Penasihat 1M 1S di sekolah. Di samping itu, kajian ini juga mengesahkan secara empirikal perkaitan di antara kedua-dua tahap tersebut dengan tahap penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum 1M 1S. Seramai 201 orang guru dipilih sebagai responden dan instrumen soal selidik atas talian telah digunakan. Analisis statistik deskriptif dan ujian korelasi telah digunakan dan hasil dapatan menunjukkan tahap penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum 1M 1S mencatatkan keputusan tertinggi pada peratusan kehadiran antara 80% hingga 100% dengan jumlah kekerapan sebanyak 116 iaitu 57.7%. Secara keseluruhan, tahap kebolehgunaan kemudahan dan peralatan sukan di sekolah adalah sederhana dengan analisis data n = 201, M = 3.55, SD = 0.555. Bagi tahap kemahiran guru, secara keseluruhan adalah tinggi dengan analisis data n = 201, M = 4.51, SD = 0.641. Hasil ujian statistik korelasi Pearson Product Moment bagi menentukan hubungan di antara tahap kebolehgunaan kemudahan dan peralatan sukan dengan tahap penglibatan pelajar menunjukkan terdapat perkaitan positif sederhana yang signifikan, r = .248, n = 201, p < 0.000. Hubungan di antara tahap kemahiran guru dengan tahap penglibatan pelajar pula menunjukkan terdapat perkaitan positif sempurna yang signifikan, r = 1, n = 201, p < 0.000. Kesimpulannya, tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti 1M 1S berada pada tahap tinggi. Tahap kebolehgunaan kemudahan dan peralatan sukan serta tahap kemahiran guru juga berada pada tahap tinggi dan kedua-duanya mempengaruhi penglibatan pelajar dalam 1M 1S. Implikasi kajian menunjukkan kepentingan peranan pentadbir dan guru untuk memastikan penglibatan murid secara optimum menerusi aktiviti 1M 1S.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.