UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Yong, Elaine Shu Han
Title :Kegiatan ekonomi masyarakat cina di Taiping, Perak 1900-1937
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kegiatan ekonomi masyarakat Cina sepanjang tempoh yang dikenali sebagai zaman kemerosotan Taiping, iaitu pada tahun 1900 hingga 1937. Kemerosotan aktiviti perlombongan membawa perubahan besar kepada corak ekonomi masyarakat Cina di Taiping kerana mereka terlibat secara aktif dalam industri perlombongan sejak abad ke-19. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Dokumen, fail, laporan semasa pentadbiran British serta akhbar yang diterbitkan sepanjang tempoh kajian diteliti dengan tujuan untuk memahami dan menganalisis kegiatan ekonomi dan perubahan yang berlaku kepada kegiatan ekonomi masyarakat Cina di Taiping. Maklumat daripada sumber berkenaan memperlihatkan bahawa masyarakat Cina di Taiping melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan ekonomi selain daripada aktiviti perlombongan seperti aktiviti pemiagaan, pertanian, perikanan, pentemakan dan perkhidmatan kerajaan. Walau bagaimanapun, industri perlombongan masih menjadi salah satu sumber pendapatan kepada masyarakat Cina walaupun kegiatan ekonomi tersebut mengalami kemerosotan pada awal abad ke-20. Ringkasnya, kemerosotan Taiping membeti kesan kepada kegiatan ekonomi masyarakat Cina di Taiping pada tahun 1900 hingga 1937.Pemahaman kepada perkembangan sejarah yang berlaku sepanjang tempoh kemerosotan ini kemelesatan ekonomi dunia yang memberi pengetahuan penting kepada generasi sekarang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.