Tingkah laku agresif pelajar sekolah berdasarkan teori pilihan di lima buah sekolah di daerah Kota Kinabalu Sabah
Type
Thesis
Main Author
Assyaadah Yaacob
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tingkah laku agresif pelajar sekolah berdasarkan Teori Pilihan (Choice Theory). Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu mengukur profil dan tahap tingkah laku agresif pelajar. Di samping itu, kajian ini juga meneroka dan memahami tingkah laku agresif pelajar berdasarkan kepada aspek keperluan asas dan tingkah laku keseluruhan dalam Teori Pilihan. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah gabungan iaitu sequential explanatory design yang melibatkan gabungan dua fasa iaitu fasa pertama kuantitatif dan fasa kedua kualitatif. Data dikumpul bagi kedua-dua fasa di mana fasa pertama menggunakan kaedah soal selidik iaitu The Aggression Questionnaire dan fasa kedua melibatkan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Dalam fasa pertama, persampelan rawak mudah dijalankan dalam kalangan 571 orang responden dari lima buah sekolah daerah Kota Kinabalu dan menggunakan analisis deskriptif manakala dalam fasa kedua, empat orang peserta kajian dipilih menggunakan pensampelan bertujuan dan di analisis berdasarkan analisis tema. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap agresif responden adalah rendah dan tingkah laku pelajar yang agresif adalah disebabkan oleh empat keperluan asas dominan iaitu kasih sayang, keseronokan, kebebasan dan kuasa. Dalam konteks ilmu kaunseling, hasil dapatan kajian ini memberi panduan dan rujukan kepada kaunselor untuk memahami keinginan pelajar agresif berdasarkan Teori Pilihan. Selain itu, dengan adanya kajian ini, ia dapat memberi kesedaran dan maklumat kepada pihak sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru khususnya kaunselor sekolah dan ibu bapa tentang penyebab berlakunya tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.