UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Edward Batin Wil
Title :Kompetensi murid pendidikan moral tingkatan empat di daerah Dalat, Sarawak (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2017
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk meneliti kompetensi moral murid tingkatan empat di daerah Dalat, Sarawak untuk menangani isu tingkah laku moral. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk menjawab empat persoalan kajian dan empat hipotesis. Instrumen Moral Competency Inventory (MCI) yang diubahsuai telah digunakan untuk mengukur komponen Pengetahuan Moral, Pertimbangan Moral, Emosi Moral dan Perlakuan Moral. Seramai 199 orang murid iaitu 81 lelaki dan 118 perempuan dipilih secara rawak berlapis untuk dijadikan responden. Analisis statistik Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi moral dengan jantina dan aliran tingkatan. Hasil keputusan ANOVA sehala juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi moral dengan tahap pendidikan dan sektor pekerjaan ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, murid tingkatan empat daerah Dalat, mempunyai kompetensi moral yang tinggi dan aspek pengetahuan, penaakulan, perasaan dan perlakuan menyumbang kepada kompetensi moral. Implikasi kajian menunjukkan, kompetensi moral yang tinggi dijangka dapat membentuk tingkah laku moral murid sekolah menengah. Kajian yang lebih mendalam dan meluas perlu dilaksanakan untuk menilai kesan kompetensi moral terhadap amalan moral murid sekolah menengah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)