UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Muhamad Afiq Abdul Fatah
Title :Tahap kecerdasan emosi kanak-kanak berdasarkan model kecerdasan emosi dan perkaitan dengan gaya keibubapaan (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi kanak-kanak berdasarkan model kecerdasan emosi dan perkaitan dengan gaya keibubapaan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap emosi kanak- kanak yang sebenar apabila berada di tadika sama ada kanak-kanak dapat mengenal pasti emosi, memahami emosi, mengawal emosi dan mengguna emosi yang sebenar pada tahap pemikiran mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu berbentuk deskriptif. Seramai 50 orang kanak-kanak di Tadika A dan Tadika B di Mukim Kota Damansara Petaling Jaya Selangor telah di pilih dalam kajian ini. Kecerdasan emosi diukur dengan menggunakan The Sullivan Emotional Intelligent Scale For Children (EISC) dan jenis gaya keibubapaan diukur dengan menggunakan Parental Authority Questionnaire (PAQ). Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic package for Social Science (SPSS) versi 20. Data dianalisis secara deskriptif yang menjelaskan jenis gaya keibubapaan dengan tahap kecerdasan emosi kanak-kanak manakala analisis inferensi melibatkan ujian korelasi Pearson digunakan untuk menerangkan hubungan yang mungkin wujud antara pembolehubah. Dapatan kajian ini menunjukkan jenis gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa dan tahap kecerdasan emosi kanak-kanak berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya keibubapaan dan tahap kes kecerdasan emosi kanak-kanak daripada kajian ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada guru-guru tadika, ibu bapa dan masyarakat tentang pentingnya kecerdasan emosi dalam diri kanak-kanak. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi kanak-kanak dapat memberikan gambaran sebenar mereka sama ada di sekolah mahupun di rumah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)