UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Indira Sekaran
Title :Kesan penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran pecahan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi murid orang asli tahun 5 (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan peta pemikiran terhadap kemahiran berfikir aras tinggi murid. Kajian ini menggunakan Modul i-Think Tahun 5 (MiT5) berasaskan peta pemikiran dan dijalankan ke atas murid orang asli tahun lima dalam topik Pecahan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Persampelan rawak mudah digunakan semasa menentukan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen antara dua buah kelas dari sebuah sekolah orang asli di Perak. Subjek kajian terdiri daripada 24 murid kumpulan eksperimen dan 24 murid kumpulan kawalan. Dua instrumen kajian digunakan iaitu soal selidik dan ujian topikal pecahan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif untuk menjelaskan tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta pemikiran dan kebolehlaksanaan MiT5 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis inferens pula untuk menganalisis data daripada ujian pra dan ujian pasca dengan menggunakan ujian-t. Dapatan kajian mendapati min pencapaian murid kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada min pencapaian murid kumpulan kawalan. Terdapat perbezaan min yang signifikan pencapaian murid antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran melalui MiT5 telah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam topik Pecahan. Kesimpulannya, penggunaan peta pemikiran berjaya merangsang murid berfikir secara aras tinggi. Implikasinya, pembelajaran berasaskan MiT5 mampu membantu murid memahami konsep, susunan jalan kerja dan seterusnya menyelesaikan soalan yang diberi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)