UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis pengetahuan dan kepatuhan pembayar zakat untuk menunaikan zakat pendapatan dengan kaedah yang paling tepat. Ketepatan dalam pengiraan pendapatan yang wajib ditunaikan zakat amat penting kini. Perkembangan jenis sumber pendapatan yang tidak terhad kepada gaji dan elaun sahaja, memerlukan pembayar untuk lebih berhati-hati menunaikan amalan ini. Sehubungan itu, kajian ini membentuk 11 sumber yang membentuk penggajian individu melibatkan dua punca utama iaitu gaji dan elaun, manakala sembilan sumber baru. Antara sumber-sumber baru ini ialah pendapatan pokok, elaun, bayaran pakar rujuk, tuntutan bersih daripada kerja rasmi dan juga penyelidikan. Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik. Item utama yang membentuk 11 sumber pendapatan yang dikaji diteliti berbantukan maklumat dari kalkulator zakat pendapatan secara atas talian. Responden dalam kajian ini terdiri daripada kakitangan pengurusan dan professional di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Pemilihan ini bagi menyesuaikan jenis pendapatan dikaji dengan pekerjaan yang sesuai dengan perolehan pendapatan-pendapatan berkenaan. Dalam kajian ini, seramai 320 orang responden menyertai kajian ini. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil analisis secara keseluruhan mendapati bahawa tahap pengetahuan dan pemahaman individu dalam menghitung jumlah sebenar zakat pendapatan yang perlu ditunaikan adalah lemah. Tambahan pendapatan seperti elaun, bonus, bayaran perundingan dan tuntutan bersih penyelidikan merupakan antara sumber pendapatan yang kurang difahami oleh masyarakat untuk dimasukkan bersama-sama dalam pengiraan nilai zakat pendapatan. Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan kepada pihak berautoriti untuk memberikan lebih penerangan berkaitan zakat pendapatan bagi memastikan pemilikan harta individu lebih bersih serta meningkatkan keadilan dalam agihan kekayaan. |
References |
Abdul Hamid Mohd Hassan (1998). Antara zakat dan cukai pendapatan: Satu analisis penyelarasan. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Zakat Dan Cukai Pendapatan di Pusat Matrikulasi USM, 5-6 Nov. 1998.
Abdul Halim Mohd Noor, Rozman HJ. Md. Yusof & Ahmad Che Yaakob (2007). Perfomance Indivator model for zakat distribution. Jurnal Pengurusan Jawhar. Vol 1. (2): 78-89
Abdul Rashid Dail (1979). Zakat gaji dan pendapatan bebas. Islamiyyat, Vol 2: 1-20.
Abu Sufian Abu Bakar (2006). “Baitulmal dan kemiskinan di Kuala Lumpur: Program agihan zakat dalam bentuk perniagaan”. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Fauzee Abdullah (2004). Aplikasi pengurusan sumber aset: Analisis terhadap harta zakat di negeri Perak. Disertasi Sarjana Jabatan Syariah dan Ekonomi. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.
al-Qaradawi, Yusuf, (2000). Fiqh al-Zakah, English Translation by Monzer Kahf, Jeddah,Scientific Publishing Centre, King Abdul Aziz University, 2 Volumes. Also published ina single volume (1999), Fiqh az-Zakat: A Comparative Study, London, Dar al-Taqwa Ltd.
Aza Shahnaz Azman, Norzalina Zainudin & Latifa Bibi Musafar Hameed (2014). Keberkesanan medium maklumat sebagai perantaraan terhadap potensi berzakat: Kajian kes golongan muda (pelajar IPT). Kertas kerja dibentangkan dalam Conference of Management and Muamalah di Kolej Universiti Islam Malaysia.
Azninainie Mohd Ghazi, Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid (2013). Analisis pengurusan dan agihan dana zakat di negeri Kelantan. Prosiding PERKEM VIII. Jilid 3. 1291-1301.UKM.
Azman Ab Rahman & Irwan Mohd Subri (2010). Pelaburan wang zakat menurut perspektif Islam.Universiti Sains Islam Malaysia.
Baharuddin Sayin, Nazrudin Hashim & S. Salahudin Suyurno (2008). Pengurusan zakat model UiTM. Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.
Chapra, Muhammad Umar (1992). Islam and the Islamic Challenge. Leicester: The IslamicFoundation.
eFatwa, 2013. Senarai fatwa Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Diperoleh pada April 16, 2015 daripada http://www.e-fatwa.gov.my.
Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Azila Abdul Razak & Salwa Amirah Awang(2015). Ketirisan bayaran zakat fitrah terhadap institusi formal di Malaysia.Sains Humanika, 5(1): 27-32.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor (2007). Kesedaran membayar zakat pendapatan di Malaysia. Islamiyyat, 29, 53-70.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader (2009). Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia: Mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati? Jurnal Syariah, 17(1): 89-112.
Hamizul Abdul Hamid (2013). Diari seorang amil zakat mengubah diri. Galeri Ilmu. Hasan Bahrom & Ezani Yaakub (2007). Pengurusan zakat semasa. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti, UiTM.
Hassan Ibrahim (1989). Asas pengiraan zakat perniagaan, penggajian dan pendapatan bebas.Kuala Lumpur: Persatuan Kebajikan Islam LHDN.
Hidayat Buang (1998). Harta-harta yang dikenakan zakat: Satu analisis hukum. Jurnal Syariah.Bahagian Pengajian Syariah. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.
Kamil Md. Idris (2002). Gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji di kalangan kakitangan awam persekutuan Negeri Kedah. Diss. Universiti Utara Malaysia.
Kamil Md. Idris (2002). Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. Kertas kerja Muzakarah Pakar Zakat. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 21-22 Disember.
Kamil Md. Idris (2006). Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji, dalam Zakat: Pensyariatan,Perekonomian dan Perundangan (suntingan) Abdul Ghafar Ismail dan Hailani MujiTahir.Bangi, Penerbit UKM.
Kamil Md. Idris, Chek Derashid & Engku Ismail (1997). Zakat penggajian: Satu tinjauan terhadap pengetahuan dan amalan Muslimin Negeri Perlis. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan Universiti Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Lalu Khidhr (1981). Zakat dan pembangunan masyarakat. Pustaka Nasional pte ltd. Singapura.
Lois R. H & Gavin, T. L. (2010). Practical assessment, research and evaluation. Journal of Researcher, 15(1): 1531-7714.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1992). Syarat haul: Satu penilaian terhadap pandangan al-Qaradawi. Dalam Masalah zakat gaji dan pendapatan profesional, Kuala Lumpur.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid (2002). Peranan zakat dalam pembangunan ummah. Dalam Ekonomi Islam dan pelaksanaannya di Malaysia (ed.) Nik
Mustapha Nik Hassan. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1993). Zakat Gaji dan Pendapatan Profesional. Jurnal Syariah,1(1): 32-33.
Md Zyadi Tahir & Mariani Majid (1999). “Prestasi kutipan dan agihan zakat di Malaysia” dalam Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi dan Realiti di Malaysia.Fakulti Ekonomi. UKM.
Mohd Ali Hj. Bahrum (1989). Zakat ditinjau dari perspektif sosial, undang-undang dan taksiran. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam.
Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid dan Nor Ghani Md. Nor (2003). Kesedaran membayar zakat pendapatan kakitangan profesional: Kajian kes di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dlm Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi dan realiti di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid & Nor Ghani Md. Nor (2004). Kesedaran membayar zakat pendapatan di kalangan kakitangan profesional Universiti Kebangsaan Malaysia. Islamiyyat, 26(2).
Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musaini (2010). Zakat dan pelaksanaannya di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah.
Mohd Harmain Hj. Saidi (2002). Persoalan harta dan tips murah rezeki. Ayusofea Marketing. Kuala Lumpur.
Mohd Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abd Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia:Skudai.
Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad & Mohamad Ali Roshidi Ahmad (2013).Kepatuhan membayar zakat: Analisis kutipan dan ketirisan zakat fitrah di Selangor. Jurnal Syariah, 21(2): 191-206.
Muhammad Kamal „Atiyah (1995). Perakaunan zakat: Teori dan praktis (terj.) Mohd Nor Ngah. Kuala Lumpur: DBP.
Mujaini Tarimin (2012). Zakat al-mal al-mustafad: Amalan dan pengalaman di Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat.
Mujaini Tarimin (1995). Zakat penggajian: Satu penilaian terbaru di Malaysia. Thesis Ph.D, Universiti Malaya.
Nik Mustapha Nik Hassan (2001). Kaedah pengagihan dana zakat satu perspektif Islam.
Nor Azlina Abd Wahab & Abdul Rahim Abdul Rahman (2012). Efficiency of zakat institutions in Malaysia: An application of data envelopment analysis. Journal of Economic Cooperation and Development, 33(1): 95-112.
Nor Ghani Mohd Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad & Nahid Ismail (2001). Can privatization improve performance? Evidence from zakat collection institutions. Kertas kerja dibentangkan di Bengkel Ekonomi Islam. Fakulti Ekonomi,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Azura Sanusi, Norazlina Abd. Wahab & Nor Fadzlin Mohammad Bahar (2005). Gelagat kepatuhan pembayaran zakat pendapatan : Kajian kes UUM. Dlm: Pengukuhan dan transformasi ekonomi & kewangan Islam prosiding Seminar Ekonomi dan Kewangan Islam, 29 - 30 Ogos 2005 Esset Bangi.
Nur Barizah Abu Bakar & Hafiz Majdi Abdul Rashid (2010). Motivations of Paying Zakat on Income: Evidence from Malaysia. International Journal of Economics and Finance, 2(3):76-84.
Patmawati Ibrahim (2006). “Economic role in reducing income inequality and poverty in Selangor”. Ph.D Thesis. Fakulty of Economics and Management. Universiti Putra Malaysia.
Patmawati Ibrahim (2008). Pembangunan ekonomi melalui agihan zakat: Tinjauan Empirikal. Jurnal Syariah. Jil. 16 (2). h. 223.Sahata (2002). Kaedah agihan zakat harta: Pengertian, sistem dan agihannya (terjemahan: Hamid Fahmy Zarkasyi & Harun Ar- Rasyid Tuskan). Kuala Lumpur. Pustaka Al-Shafa
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (2006). Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia. International Journal of Management Studies, 13(2): 175-196.
Sanep Ahmad (2004). Kepatuhan bayaran zakat kepada institusi formal kutipan zakat. Laporan teknik penyelidikan EP-003-2004, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Suhailiza Abd Hadi (2003). Agihan zakat ke atas fakir dan miskin melalui Skim Bantuan Kewangan Bulanan: Kajian di Wilayah Persekutuan. Jabatan Syariah. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Sulaiman Ngah Razali (2002). Analisis data dalam penyelidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasadan Pustaka.
Suryani Masnan (2011). Kaedah pembayaran zakat pendapatan melalui skim potongan gaji (SPG) oleh Lembaga Zakat Selangor. Tesis Sarjana UM.
Zahri Hamat (2013). Perakaunan zakat perniagaan di Malaysia. Perpustakaan negara Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainol Bidin & Kamil Md. Idris (2009). Sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat ditanggap terhadap niat gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. International Journal of Management Studies, 16(1): 31-55.
Zainudin Abu Bakar & Nor Hidayatul Aini Ismail (2011). Persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme serta kesan terhadap pencapaian dalam mata pelajaran Matematik . Journal Of Science And Mathematics Educational, 3: 92-107.
Zulkarnain Yusof (1994). Percukaian negara Islam: Perbandingan percukaian moden dengan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |