UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis hubungan antara Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan, gaya pengajaran dan efikasi guru Matematik sekolah rendah

AVAILABLE Thesis 1489 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis hubungan antara Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan, gaya pengajaran dan efikasi guru Matematik sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Affaf Ghazali
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan guru matematik sekolah rendah tentang komponen Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK), gaya pengajaran dan efikasi dalam mengajar matematik serta hubungan yang wujud antara ketiga-tiga faktor ini dalam kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Tiga jenis soal selidik berskala Likert 5 dan satu ujian telah digunakan untuk pengumpulan data, iaitu soal selidik PPIK, soal selidik gaya pengajaran, soal selidik efikasi guru dan Ujian Pengetahuan Konseptual Pecahan. Sampel terdiri daripada 208 guru dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, seperti kekerapan, peratusan dan min, manakala statistik inferens yang terlibat menggunakan MANOVA, korelasi Pearson dan regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan bahawa PPIK dan efikasi dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berada pada tahap tinggi manakala gaya pengajaran dominan ialah gaya delegator. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan konseptual Pecahan sebanyak 32%. Di samping itu, keputusan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara tiga kategori pengalaman dalam PPIK dan efikasi guru tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tiga kategori pengalaman dalam gaya pengajaran guru. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi gaya pengajaran guru (β = .42, t = 5.29, p < .05) berbanding tahap PPIK (β = .17, t = 2.14, p < .05) terhadap efikasi guru. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara PPIK, gaya pengajaran dengan efikasi guru dan berkait rapat dengan pengalaman guru dalam pengajaran matematik. Implikasinya, kajian ini dapat membantu dalam merancang aktiviti yang melibatkan profesional guru, agar standard kualiti guru matematik dapat dipertingkatkan dan keberkesanan pengajaran dapat dicapai.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.