UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Norlailatulakma Bolhassan
Title :Keberkesanan pembelajaran koperatif Team Game Tournament (TGT) ke atas pencapaian,pemikiran kritis dan motivasi pelajar dalam topik formula dan persamaan kimia (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan pembelajaran koperatif TGT ke atas pencapaian, pemikiran kritis dan motivasi pelajar dalam topik Formula dan Persamaan Kimia. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi yang melibatkan 33 orang pelajar tingkatan empat dalam kumpulan rawatan dan 34 orang dalam kumpulan kawalan. Data dikutip dengan menggunakan ujian pencapaian, ujian pemikiran kritis, dan ujian motivasi. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t, analisis ANCOVA dan korelasi Pearson. Analisis ujian-t sampel tak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor pencapaian kumpulan rawatan yang lebih tinggi berbanding min skor pencapaian kumpulan kawalan. Hasil analisis ANCOVA pula menunjukkan wujud kesan kaedah koperatif TGT yang signifikan terhadap pencapaian, pemikiran kritis dan motivasi pelajar apabila ujian pra dikawal. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian dengan pemikiran kritis, motivasi dengan pencapaian, dan pemikiran kritis dengan motivasi pelajar. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran koperatif TGT lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian, pemikiran kritis dan motivasi pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional yang hanya bergantung kepada latih tubi dan kuiz. Implikasinya, pembelajaran koperatif TGT boleh digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kimia untuk meningkatkan pencapaian, pemikiran kritis dan motivasi pelajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)