UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis hubungan antara gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir aras tinggi dengan pencapaian Matematik murid tingkatan satu

AVAILABLE Thesis 2089 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis hubungan antara gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir aras tinggi dengan pencapaian Matematik murid tingkatan satu
Type
Thesis
Main Author
Raiqah Qudsiyah Ridzuan
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan menentukan gaya pembelajaran dominan, tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta menganalisis hubungan antara gaya pembelajaran dan tahap KBAT terhadap pencapaian matematik dalam kalangan murid Tingkatan Satu di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 337 orang murid yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Tiga jenis instrumen digunakan bagi pengumpulan data iaitu, Soal Selidik Gaya Pembelajaran, Ujian KBAT dan Ujian Pencapaian Matematik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu, frekuensi, peratus dan min manakala statistik inferensi melibatkan pelaksanaan ujian MANOVA, ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa gaya pembelajaran dominanmengikut gaya pembelajaran Dunn dan Dunn ialah gaya pembelajaran emosional dan sosiologikal, KBAT murid berada pada tahap yang rendah manakala pencapaian matematik pula berada pada tahap pencapaian memuaskan, iaitu gred D. Dapatan juga menunjukkan bahawa murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut jantina dan didapati murid perempuan mempunyai tahap KBAT dan pencapaian matematik yang lebih tinggi berbanding murid lelaki. Selain itu, dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran psikologikal dengan pencapaian matematik tetapi tidak signifikan bagi gaya pembelajaran persekitaran, emosional, sosiologikal dan fizikal. Terdapat juga hubungan yang signifikan antara tahap KBAT dengan pencapaian Matematik murid Tingkatan Satu. Kesimpulannya, walaupun gaya pembelajaran emosional dan sosiologikal adalah merupakan gaya pembelajaran yang dominan, namun gaya pembelajaran psikologikal turut memberi sumbangan terhadap pencapaian matematik, manakala KBAT turut memberi sumbangan sebanyak 30% kepada pencapaian matematik. Implikasinya, kajian ini dapat memberi gambaran tentang tahap KBAT murid dan kecenderungan gaya pembelajaran murid agar langkah-langkah yang sesuai dapat diambil dalam meningkatkan pencapaian Matematik murid.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.