UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan program kesejahteraan psikologi menggunakan kaedah bermain kepada kanak-kanak sekolah rendah

AVAILABLE Thesis 1044 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan program kesejahteraan psikologi menggunakan kaedah bermain kepada kanak-kanak sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Norsayyidatina Che Rozubi
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan intervensi Program Kesejahteraan Psikologi menggunakan kaedah bermain ke atas Kesejahteraan Psikologi kanak- kanak sekolah rendah. Subjek terdiri daripada rnurid-murid berumur 11 tahun (N =123 ) di sebuah sekolah di negeri Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan program ke atas kesejahteraan psikolcgi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan kanak- kanak sekolah rendah serta menentukan perbezaan peningkatan berdasarkan jantina antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat hubungan di antara kesejahteraan psikologi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri. Kajian juga dilaksanakan untuk memastikan hasil intervensi program untuk kumpulan rawatan dapat dikekalkan. Dengan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen sebenar, pemilihan subjek kajian dilakukan secara rawak dibahagikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Instrumen Skala Kesejahteraan Psikologi, Skala Kepuasan Hidup dan Skala Penghargaan Kendiri digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan MANCOVA, Korelasi Pearson dan Pengukuran Berulang- MANOVA. Hasil kajian mendapati bahawa Intervensi Program Kesejahteraan Psikologi dapat meningkatkan kesejahteraan psikologi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri kanak- kanak sekolah rendah. Dari aspek kesan program, menunjukkan hasil yang sama antara kanak- kanak lelaki dan perempuan selepas program dilaksanakan. Kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara kesejahteraan psikologi dengan penghargaan kendiri kanak- kanak sekolah rendah. Selain itu, program ini berjaya mengekalkan tahap kesejahteran psikologi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri kanak- kanak untuk jangka masa panjang

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.