UPSI Digital Repository (UDRep)

Proses kreatif drama Mana Sikana: satu kajian teksdealisme

LIMITED Thesis 1334 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information
Title
Proses kreatif drama Mana Sikana: satu kajian teksdealisme
Type
Thesis
Main Author
Ahmad Zaidi Baharuddin
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2018
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keunggulan seorang tokoh pengarang drama iaitu Abdul Rahman Napiah atau lebih dikenali sebagai Mana Sikana. Sumbangan beliau terhadap penulisan cerpen, pelopor absurdisme, pencipta teori sastera, pengembang teori moden dan pascamoden serta pelopor dalam kajian drama dan teater. Pendekatan kajian ini dilakukan untuk melihat proses kreatif beliau serta membincangkan aspek keunggulan dalam kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif terhadap sembilan buah drama beliau yang terpilih iaitu drama “Ihsan”, “Tanah di Hujung Bendang”, “Pengadilan”, “Hikmah”, “Mustaqima”, “Apa-Apa”, “Di Hujung Taming Sari”, “Pasir-Pasir di Pasir Salak” dan “Air Mata Naning”. Data yang dianalisis dibincangkan secara deskriptif menggunakan konsep Teksdealisme. Empat prinsip yang menjadi landasan teori ini ialah prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keperibadian telah dijadikan kriteria mengukur keunggulan drama beliau sebagaimana yang dihasratkan oleh falsafah teksdealisme. Dapatan kajian menunjukkan bahawa drama yang dihasilkan oleh beliau terhasil daripada kehidupan dan pengalaman yang lalu. Hubungan antara pengarang, teks dan pembaca dalam memahami makna teks adalah aspek yang mengukuhkan lagi kredibiliti sesebuah karya kreatif. Kini sudah sampai waktunya karya Mana Sikana dianalisis bagi mengenengahkan falsafah, pemikiran dan gagasan beliau. Maka wajarlah karya-karya beliau dikaji demi melahirkan generasi yang unggul dan berwawasan di negara ini dan di peringkat antarabangsa.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.