UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian tindakan ini bertujuan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham (MK5FN) dalam pengajaran kemahiran penulisan cerpen Bahasa Tamil. Selain itu, pengalaman
pelajar semasa menyertai pembelajaran berasaskan MK5FN dan kemahiran pedagogi yang diamalkan
sepanjang kajian ini juga turut dikaji. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah
kualitatif. Seramai 18 orang pelajar Tingkatan Empat dan seorang guru bahasa Tamil yang bertindak
sebagai guru pemerhati terlibat dalam kajian ini. Peserta-peserta kajian ini dipilih dengan kaedah
persampelan bertujuan dari sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Data kajian ini
dikumpul dengan kaedah temu bual pelajar dan guru; analisis cerpen yang dihasilkan oleh peserta
kajian dan pemerhatian yang dilakukan terhadap reaksi pelajar dan amalan pedagogi sepanjang empat
sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan kemahiran menulis cerpen meningkat dalam
kalangan peserta kajian berikutan peningkatan dalam penguasaan 10 ciri asas cerpen yang diuji.
Ciri- ciri tersebut adalah plot, teknik plot, watak, perwatakan, latar, perbendaharaan kata,
struktur ayat dan perenggan, gaya bahasa, tatabahasa dan tanda bacaan. Data temu bual separa
berstruktur dan pemerhatian terhadap reaksi pelajar menunjukkan sepanjang sesi pengajaran
berdasarkan MK5FN peserta kajiaan melalui pelbagai pengalaman yang menggalakkan pembelajaran.
Antaranya pencetusan minda, merespon secara sukarela, perkongsian idea, amalan nilai-nilai sosial,
pembinaan idea baru dan penilaian kendiri. Kajian mengenai kemahiran pedagogi yang diamalkan pula
menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran seperti penggunaan rangsangan, pembelajaran koperatif,
membimbing pelajar sebagai fasilitator, menggalakkan daya usaha autonomi pelajar, menggalakkan
kemahiran berfikir, penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif dan amalan refleksi dipraktikkan
secara meluas. Kemahiran- kemahiran pedagogi yang disarankan dalam MK5FN terbukti keberkesanannya
apabila diamalkan dengan teliti. Implikasi daripada kajian ini ialah MK5FN telah membantu pelajar
menguasai kemahiran menulis cerpen bahasa Tamil di samping meningkatkan minat mereka untuk menulis
cerpen. Berdasarkan dapatan kajian ini, kajian lanjutan lain juga boleh dijalankan dengan
menggunakan MK5FN sebagai model alternatif dalam pengajaran kemahiran menulis cerpen dalam pelbagai
bahasa.
|
References |
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Jalil Othman, and Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi Pembelajaran Secara konstruktivisme dalam pengajaran karangan. Jurnal Masalah Pendidikan, (28), 221-232
Abdul Malek Selamat. (2004). Kajian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sejarah menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim.
Abdul Rashid Jamian dan Shamsudin Othman dan Norzila Md.Yusof. (2011). Keberkesanan cerpen dalam mempertingkatkan prestasi penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan muri. Jurnal pendidikan bahasa Melayu; 2(1), 129-140
Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi. (2010). Constructivism in the design of online learnings tools. European Journal of Educational Studies, (2), 3-13
Amir Salleh. (2008). Manual kajian Tindakan. Kuala Lumpur, Malaysia: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Anderson, G.L, & Herr,K. (2005). The action Research Dissertation: Aguide for Studentsand Faculty. Thousand Oaks: Sage.
Awang Sariyan. (1991). Kemahiran Penulisan dalam konteks pembinaan wacana yang utuh. Kertas kerja Majlis Peperiksaan Malaysia.
Balu Subramaniam. (2007). Cerpen Karya Puspaleelavathy (Paavai): Satu Kajian Tema. Tesis Sarjana Sastera. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Bogdan, C. & Biklen, S.K. (1982). Qualitative Research For Education: An Introduction to Theory and Methods. Boston: A Viacom Company
Boudah. D. J. (2011). Conducting Educational Researh : Guide to completing a Major Project. Thousand Oaks, CA: sage Publication.
Briner, M.(1999).[Online]Available: http://carbon.cudenver.edu/- myder/itc data/ constructivisme.html
Brooks, J. G., & Brooks, M. G. (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria, VA: Association of Supervision and Curriculum Development.
Caprio, M.W. (1994). Easing into constructivisme, connecting meaningful learning with student experience. Journal of College Science Teaching, 23(4), 210-212
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 1(1), 67-87
Coffey, A., & Atkinson, P., (1996). Making sense of Qualitative Data: Complementary Research Strategies. Thousand Oaks: Sage
Creswell, J.W. (1994). Research design: Qualitative & quantitative approaches. Thousand Oaks: SAGA Publication
Crockett, D. (2006). Action research in the classroom: Practical and critical strategies. Bern, Switzerland: Peter Lang Publishing
Cummings, M. (1987). Literature Based Reading. Focus: A Potpourri of practical Ideas. Vol. 13(2), pp 223-27 (ED 281 207)
BPPDP. (2008). Manual Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (SMPP/EMIS). Edaran Untuk PPD.JPN dan sekolah.Unit Data. BPPDP.
Daniel Phua dan Nur Khairiani Jamal. (2011). Kajian Pengajaran : Pengajaran Penulisan Pengenalan Karangan Deskriptif . dibentangkan di Seminar Bahasa Melayu 2011.
David, A.J & Paul, E., & Donald, K. (2009). Methods for Teaching: Promoting Student Learning in K-12 Classrooms. (8th ed.) Boston: Pearson Education, Inc.
Daniel, M. & David. R.(2005). Effective Teaching: Evidence and Practice. London: Sage Publication Ltd.
De Jager, B. (2002) Teaching Reading Comprehension: the effects of direct instruction and cognitive apprenticeship on comprehension skills and metacognition. Proefschrift GION,Groningen. Dlm. Daniel.M & David. R. (2005). Effective Teaching: Evidence and practice. London: Sage Publication Ltd.
Elliot, J., (1991). Action Research for Educational Change. Bukingham: Open University Press.
Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa. (2001). Masalah penulisan naratif di kalangan murid sekolah menengah. Jurnal Pendidik, 27: 3-26
Fahriye Altinay Aksal, Zehra Altinay Gazi & Aytekin Ismam. (2008). A comprehensive look into learners‟ transferable skills related to constructivist approach. World Applied Sciences Journal, 4 (4): 558-567.
Fatimah Ibrahim. (2005). Keberkesanan pembelajaran konstruktivisme terhadap pemahaman komponen sastera. Sarjana Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim.
Fosnot, C. T. (1996). Construtivism: Theory, pespectives and practice. 8-33. New York: Teachers‟ college, Colombia University.
Gerald, J. P. (2009). Teacher Action Research: Building Knowledge. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Gokhale, A.a.(1995). Collaborative Learning enhance Critical Thinking. Journal of Tecnology Education, 7(1), 22-30
Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar tingkatan empat: Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Indra Nur Hilal. (2013) Keefektifan Pembelajaran Menulis Cerpen Dengan Menggunakan Model Problem Based Instruktion (PBI) dan Model Sinetik pada siswa SMA. Sarjana Pendidikan. Universitas Negeri Semarang, Semarang.
Kamus Dewan ( Edisi Keempat). (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikam Malaysia. (2001). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Seni dan Visual, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikam Malaysia. (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Pendidikan di Malaysia ”Memartabatkan Kecemerlangan Pendidikan Negara”, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/ 1990. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2000. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2000.
Kemmis, S & Mc Taggart, R. (1988). The action research planner. Victoria, Australia: Deakin University Press.
Kemmis, S dan Wilkinson, M., (1998). „ Participatory action research and the study of practice‟ dlm. Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Komathi. (2009). Program GANDEN Pembinaan Ayat yang Efektif Dalam Bahasa Tamil: Kajian Tindakan. Taiping
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003). Laporan prestasi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dlm.Shanmugam, Thamilanban. (2011). Analisis kohesi dalam karangan bahasa Tamil pelajar tingkatan tiga. Masters thesis. Universiti Malaya.
Lee, Soon Guan. (2009). Guru Sebagai Penyelidik: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan Di Sekolah. Masters Thesis, Universiti Utara Malaysia: Sintok.
LembagaPeperiksaan Malaysia.(2008). Laporan Prestasi Penilaian Menengah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Marohaini Yusoff, Zulkifli A. Manaf. (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Satu Penilaian Kualitatif. Pertanika J.Soc.Sci & Hum. 5(2): 65-7, Universiti Putra Malaysia Press
Maxwell, J. (1996). Qualitative research design: An interactive approach. Thousand Oaks, CA: Sage.
McBrien, J.L & Brandit, R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms. Alexzanria, VA. Assosiation for Supervision and Curriculum Development.
McCrimmon, J. (1980). Writing with purpose. Boston, MA: Houghton. Dlm. Abdul Jalil Othman, and Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi Pembelajaran Secara- konstruktivisme dalam Pengajaran Karangan-berpandu [Application of constructivism in learning and teaching guided composition]. Jurnal Masalah Pendidikan, 28, 221-232
McNiff, J. (1988). Action Research: Principle and Practice. London: Routledge.
McNiff, J. Whitehead, J. (2010). You and Your Action Research Project. New York: Routledge.
Miles, M. B., & Huberman, A.M. (1994). Qualitative data analysis : An expanded sourcebook, 2nd Ed., Thousand Oaks, CA: Sage.
Mills, G.E. (2003). Acction Research: A guide For The Teacher Researcher. Ohio: Merill Prentice Hall. Dlm. Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjung Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: UTM
Mohamad Nashuha dan Rakan. (1997). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mad Rosli Saaramu. (2009). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme Modal Needham Terhadap Pembeljaran Bahasa Melayu. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.
Needham,R. (1987). Teaching Strategies for Developing Understanding in Science. Leeds, Children‟s Learning in Science Project, University of Leeds.
Nadzeri Hj Isa. ( 2001). Kesan Penggunaan Bahan Rangsangan Terhadap Prestasi Penulisan Karangan Pelajar Menengah Rendah. Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia: Serdang.
Naffi Mat. (2006). Tteknik mengajar KOMSAS Komponen Sastera PTS. Batu Caves: PROFESSIONAL Publishing.
Noni Ratina Haji Japah. (2007). Analisis karangan naratif bagi pelajar menengah atas: Satu kajian. Tesis Sarjana. FASS. Universiti Brunei Darussalam: Gadong.
Noor Azliza Che Mat dan Laila Halim. (2002). Reka Bentuk dan Keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Multimedia Pendekatan Konstruktivisme Bagi sains KBSM, Jurnal teknologi Malaysia, 36, 19-38
Norton, L.S. ( 2009). Action Research in Teaching & Learning: A practical guide to conducting pedagogical research in universities. New York : Routledge.
Nurliham Haji Tuah. (2011). Penggunaan Gaya Bahasa dalam Penulisan Karangan Naratif Pelajar prauniversiti. Journal of Applied Research in Education, 15(1), 29-42.
Ormrod. J. (2000). Educational Psychology. Columbus, OH:Merril/Prentice Hall.
Othman Lebar. (2006). Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan Kepada Teori dan Metod, Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Othman Putih. (2002). Persediaan Menulis Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Patton, M. Q. 1990. Qualitative evaluationand research methods (2n 2nd
Patton, M. Q. 1990. Qualitative evaluationand research methods (2nd ed). Newbury Park, Ca: Sage.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Secara konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Tamil KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perkins, D.N. (1999). Smart Schools: From training memories to educating minds. New York: Free Press.
Philips, D.C. (1995). The good, the bad and the ugly: The many faces of constructivisme. Educational reseacher, 24(7), 5-12.
Piaget, J. (1970). Science of Education and the Psychologyof the Child.( trans.Derik Coltman) dlm. Daniel, M. & David.R.(2005). Effective Teaching: Evidence and Practice. London: Sage Publication Ltd.
Rajendran, N.S. (2010) Teaching & Acquiring Highe -Order Thinking Skills Theory & Practice. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rao, Z. (2007) Trainning in brain storming and developing writing skills. Modern Langguage Jurnal, 80, 413-426
Reason, P. & Brandbury, H.(2001). Inquiry and participation in search of word worthy of human aspiration. Dlm. Gerald,J.P.(2009). Teacher Action Research: Building Knowledge Democracies. California:Sage Publication Inc.
Rizalmi Abdul Majid. (2003). Aplikasi Pembelajaran Secara Konstruktivisma dalam pengajaran karangan berpanduan. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma.
Sababathy, V. (2006). Malaysiavil Tamil Ilakkiyam: Valarciyum Pokkukalum. Tesis Sarjana. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Shunmugam, Thamilanban. (2011). Analisis kohesi dalam karangan bahasa Tamil pelajar tingkatan tiga. Tesis Sarjana. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Sharif Shaary. (2015). Kupasan Kajian Bijak Komsas Tingkatan 2. Petaling Jaya : Sasbadi SDN. BHD.
Shulman, L. (1986). Knowledge of teaching: Foundation of new reform. Harvard Educational Review, 57(1), 1-22.
Subadrah Nair. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. Tesis Sarjana. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.
Sufean Hussin. (2008) Pendidikan di Malaysia Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sukatan Pelajaran Bahasa Tamil KBSM. (2002). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tompkins,G.E. (2001) Literacy for the 21st centuary,Upper saddle River, NJ: Prentice Hall
Thomasson, J.E. (2003) Improving Bilingual Student Learning and Thinking skills through the Use of the Contsructivist Theory. PhD dissertatation.University of Illinois: Illinois.
Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar. (2008). The shift in the role of teachers in the learning process. European Journal of Social Sciences, 7(2), 33- 41.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society: the Development of Higher Psychological Processes. Cambridge: Harvard University Press. Dlm. Daniel, M. & David.R.(2005). Effective Teaching: Evidence and Practice. London: Sage Publication Ltd.
Wyn Sudiasa, Wyn Rasna & Md.Sri Indriani (2015). Kemampuan menulis cerita fabel dalam pembelajaran Bahasa Indonesia siswa kelas VIII SMPN 6 Singaraja: Sebuah Kajian Struktur Gramatikal. e-Journal Universiti Pendidikan Ganesha, 3(1)
Wong PuiChze. (2009).Penggunaan Peta Minda dalam Meningkatkan Prestasi Penulisan Karangan Naratif Bahasa Cina dalam Kalangan Murid Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan. Prosiding Seminar Penyelidikan IPGM tahun 2009. Kuching : Maktab Perguruan Batu Lintang.
www.thirteen.org/edoline/ lessons.Dimuat turun pada 25.6.2012
Yahya Buntat & Amirudin Yusof. (2010). Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia: Johor
Yahya., dan Roselan. ( 2007). Aplikasi Komputer dalam Pengajar Bahasa: Penguasaan Guru dan kekangan dalam pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention.
Zainal Abidin Zainuddin & Afrinaleni Suardi. (2011). Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Journal of Educational Science and Mathematics. 1(3), 11-21.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |