Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran Sains
Type
Article
Main Author
Abdullah Norazilawati, Nik Yusof Nik Azmah, Mansor Rosnidar,
Subject
Q Science (General)
ISSN
2232-0393
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2012
Full Text
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam Mata Pelajaran Sains. Selain itu juga ia bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap guru serta mengenal pasti perbezaan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dengan jantina, umur, etnik, pengalaman mengajar, taraf akademik, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan guru. Secara tidak langsung kekangan dalam pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains dapat dikenalpasti. Kajian ini melibatkan 450 orang guru yang mengajar sains dari 68 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta ujian-t dan ANOVA sehala (f-test) telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme adalah tinggi bagi aspek kesediaan dan sikap guru namun, sederhana bagi aspek pengetahuan dan rendah bagi kemahiran guru sains. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan responden. Namun demikian tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor etnik dan taraf akademik responden. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini kepada institusi pendidikan guru di Malaysia tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan memberi ruang untuk memperbaiki pelaksanaan konstruktivisme dengan lebih menyeluruh.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.