UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Inspirasi kajian ini tercetus apabila tularnya wabak penyakit berjangkit
bermusim yang menyerang masyarakat kita sepeti SARS, H1N1 dan HFMD. HFMD
berlaku disebabkan jangkitan virus Coxsackie pada sistem imunisasi badan. Ini sangat
membimbangkan kerana wabak ini menyerang kanak-kanak yang berusia tujuh tahun
ke bawah. HFMD Epidemic merupakan sejenis karya multimedia, motion graphic
yang membawa maksud wabak penyakit tangan kaki dan mulut. Motion graphic
terdiri daripada dua jenis perkataan iaitu motion dan graphic yang memberi erti
pergerakan dan grafik. Motion graphic merupakan sebahagian daripada cabang
multimedia. Oleh itu reka bentuk untuk menghasilkan motion graphic ini terdiri
daripada teori-teori multimedia. Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat umum dan khususnya ibu bapa tentang bahayanya
wabak penyakit berjangkit HFMD. Di samping itu, pada era yang serba moden pada
hari ini Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan dalam industri sains dan
teknologi. Oleh itu, sejajar dengan dunia teknologi pada masa ini, pengkaji ingin
menjadikan ICT sebagai medium penyebaran maklumat. Menerusi motion graphic
maklumat yang disampaikan akan menjadi lebih fleksibel, ringkas dan padat. Oleh
itu, pengkarya mengharapkan dengan karya HFMD Epidemic ini sedikit sebanyak
dapat memberi maklumat kepada masyarakat tentang apa yang telah melanda Negara
Malaysia kita ini. Selain daripada itu juga, pengkarya mengharapkan karya HFMD
Epidemic ini mampu membuka mata masyarakat untuk bersama-sama mengatasi
masalah penularan wabak penyakit berjangkit supaya kita dapat hidup dalam keadaan
yang selamat. |
References |
Azhar Arsyad. (2005). Media Pembelajaran. Raja Grafindo Persada. Jakarta.
Gardner Productions. (2015). The Use of Graphics and Animation to Tell an Impactful Story. Diperoleh pada 24 Oktober 2018. Dari http://gardnerproductions.ca/using-graphics-animation-tell-impactful-storysimplicity- instant-impact
George, S., Moran, E., Duran, N., & Jenders, R. A. (2013). Using animation as an information tool to advance health research literacy among minority participants. AMIA. Annual Symposium proceedings. AMIA Symposium, 2013, 475-84.
G. N. Prasanth. (2012). Golden Ratio in Human Anatomy. Government College, Chittur Palakkad.
Illustrationweb. (T.T). Animator, Matthew Robson. Diperoleh pada 31 Disember 2018. Dari https://www.illustrationweb.com/sg/artists/MatthewRobson
Illustrationweb. (T.T). Animator, Tim Branford. Diperoleh pada 31 Disember 2018. Dari https://www.illustrationweb.com/sg/artists/ Tim Branford
Illustrationweb. (T.T). Illustration, ChrisGilleard Diperoleh pada 31 Disember 2018. Dari https://www.illustrationweb.com/sg/artists/ChrisGilleard/view
Jake Mathew. (T.T). About Jake Mathew. Diperoleh pada 31 Disember 2018. Dari http://www.jakemathew.com/about
Jacquetta Megarry. (1990). Assesment and Evaluation. Kogan Page and Named Distributors. London.
Johnny Chew. (2018). What Are Motion Graphics?. Diperoleh pada 24 Oktober 2018. Dari https://www.lifewire.com/what-are-motion-graphics-4056786
Mark Cross. (2013). Audio Post Production for Film and Television. Berklee Press, Boylstion Stress Baston USA.
Michael Betancourt. (2012). The Origins of Motion Graphics, Cinegraphic, Diperoleh pada 17 Oktober 2018. Dari https://www.cinegraphic.net/article.php?story=20130306203217744
Margaret Rouse. (2005). Definition Audio, Whatis.com. Diperolehi pada 22 Oktober 2018. Dari https://whatis.techtarget.com/definition/audio
Saiful Akram B. Che Cob. (2008). Kajian Proses Pengembangan Idea Kreatif Reka Bentuk Grafik Melalui Pengunaan Perisian Adobe Illustrator Dikalangan Pelajar Bukan Berlatar Belakangkan Pendidikan Seni Visual Di Kolej Teknologi Cosmopoint. Fakulti Seni dan Muzik. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Samsuddin A. Rahim. (1997). Komunikasi Asas: Takrifan dan Konsep. Pencetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ampang.
Siti Khadizah Kaimin. (2016). Kaedah Media Audio Visual Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial Masyarakat. Journal of Social Science and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Taylor, SJ dan R Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.
Tengku Mundasir. (2017). Pengertian Video dan Audio. Diperolehi pada 8 Disember 2018. Dari https://teukumundasir.wordpress.com/2017/10/11/pengertianvideo- dan-audio
Valiana Sandra. (T.T). Global Warming Motion Graphic. Diperoleh pada 17 Oktober 2018. Dari https://www.behance.net/gallery/25704967/Global-Warming- (motion-graphic-Indonesia).
Video. (T.T). BusinessDictionary.com. Diperoleh pada 17 Oktober 2018. Dari http://www.businessdictionary.com/definition/video.html
Yuri M. Lotman. (1977). The Structure of the Artistic Text. University of Michigan Press.
Yu-Hsin Chang. (2014). Believe: A Motion Graphic Animation Brings Positive Power to Life. Rochester Institute of Technology, New York.
Zainuddin Ibrahim. (2017). Pembangunan Modul Pembelajaran Seni Reka Grafik Berasaskan Teknologi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Bermasalah Pendengaran. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |