UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB1501 Primary Education
Main Author :Balamuralithara Balakrishnan
Additional Authors :Kalaiselvi Shanmugam
Title :Pembinaan kerangka panduan ICT bagi mata pelajaran Sains untuk guru-guru SJK(T) di luar bandar di Negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan meneliti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Sains menggunakan Information Communication Technology (ICT) sebagai media instruksi dalam kalangan guru dan murid di Sekolah Jenis Kebangsan (Tamil) luar bandar di negeri Perak. Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru Sains dan murid-murid darjah empat di SJK(T) luar bandar di negeri Perak. Kajian ini berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif (Mix Method) yang melibatkan tiga instrumen utama iaitu instrumen pemerhatian, temu bual semi berstruktur dan soal selidik. Data kajian kualitatif dikumpulkan, diproses serta dianalisis dengan menggunakan perisian Quirkos manakala data-data kuantitatif dikira menggunakan peratusan mudah. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan TPACK dalam kalangan guru masih berada pada tahap yang rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru menghadapi pelbagai halangan dalam penggunaan ICT semasa PdPc Sains iaitu kecapaian internet, halangan dari segi sikap ibu bapa dan murid, masa, kemudahan dan peralatan, pemasangan dan teknikal, gangguan elektrik, dan bahasa. Hasil kajian juga menunjukkan guru-guru menggunakan ICT semasa PdPc Sains kerana ICT membantu murid, guru dan memberi sokongan untuk menjalankan PdPc Sains. 90% murid bersetuju yang penggunaan ICT semasa PdPc Sains meningkatkan Motivasi Dalaman. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid bersetuju yang capaian internet, kesihatan, masa, keluarga, kemudahan komputer di rumah, sekolah dan adaptasi menjadi penghalang untuk menggunakan ICT semasa PdPc Sains. Murid-murid mengaku penggunaan ICT semasa PdPc  Sains menarik kerana elemen - elemen ICT, merangsang minat dan membantu pembelajaran. Berlandaskan dapatan-dapatan kajian ini, satu kerangka panduan efektif, kompeten dan lengkap telah pun dihasilkan. Kerangka panduan efektif ini, berpotensi dijadikan sebagai panduan memperluaskan penggunaan ICT semasa PdPc Sains dijalankan di sekolah-sekolah luar bandar. Melalui kajian ini, satu budaya penggunaan ICT yang mantap diterapkan dalam proses PdPc Sains di SJK(T) luar bandar yang boleh dijadikan amalan pelbagai pihak yang berkepentingan.

References

1. Abdul Latheef, Mojgan Afshari, Simin Ghavifekr, Saedah Siraj & Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2013). The use of instructional technology in teaching : A comparative analysis. Malaysian Online Journal of Educational Management,1(1), 1–9. Retrieved from http://e-journal.um.edu.my/public/article-view.php?id=4338.

2. Mohd Azli., Fung, T .W., & Noraini. (2016). Pembelajaran Teradun: Satu tinjauan literatur terhadap faktor-faktor penerimaan guru melalui model-model penerimaan. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 6(1), 67–85. Retrieved from http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/2369/1/PEMBELAJARAN teradun_satu tinjauan literatur terhadap faktor_faktor penerimaan guru melalui model_model penerimaan.pdf.

3. Tzu-Chiang, L., Chin-Chung,T., Ching,S.C., & Min-Hsien, L. (2012). Identifying science teachers’ perceptions of Technological Pedagogical and Content Knowledge (TPACK). Journal of Science Education and Technology, 22(3), 325-336. Retrieved from https://link.springer.com/article/10.1007/s10956- 012-9396-6

4. Fisk, P. (2017). Education 4.0 the future of learning will be dramatically different, in school and throughout life. (Januari 24,2017). Retrieved from http://www.thegeniusworks.com/2017/01/future-education-young-everyone-taughttogether/.

5. Maszlee Malik. (2019). Amanat YB Menteri Pendidikan Tahun 2019. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia.

6. Raja, R., & Nagasubramani, P.C. (2018). Impact of modern technology in education. Journal of Applied and Advanced Research, 3(1), 33-35. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/325086709_Impact_of_modern_technology_in_education.

7. Magesh, G., Prema., M., & Brijendra Singh. (2015). Use of information technology among school students in the state of Tamil Nadu, India. International Journal of Applied Engineering Research, 10(2), 2201–2209. Retrieved from 

8. Sandy., Mohd Zaki., & Fook, F. S. (2017). Keperluan instrumen PTPK-IPG untuk merealisasikan kompetensi mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Jurnal Kinabalu, 3, 115–138.

9. Perry, N. (2018). Teacher attitudes and beliefs about successfully integrating technology in their classroom during 1:1 technology initiative and the factors that lead to adaptations in their instructional practices and possible influence on standardized test achievement. Retrieved from https://etd.ohiolink.edu/!etd.send_file?accession=ysu1522233676292274&disposition=in line.

10. Meng,C.C., Sam, L.C., & Shuki Osman.(2015). Primary school Mathematics and Science teachers' stages of concern about the implementation of lesson study. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 30, 1–14.

11. Ong, E. T., & Shamalah. (2014). Penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid India di beberapa buah sekolah rendah di Perak. Jurnal Sains Humanika, 2(1), 159–169.

12. Suppiah Nachiappan., Lata Muthaiah., & Sandra Suffian. (2017). Analisis sikap murid terhadap mata pelajaran sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 7(2), 85–105.

13. Surendran Sankaran., & Norazlinda Saad. (2014). Penerimaan teknologi: Peranan lokasi sekolah sebagai moderator. Jurnal Sains Humanika, 2(4), 7-12.

14. Ghazali Darusalam. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan, amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

15. Othman Lebar. (2014). Penyelidikan kualitatif, pengenalan kepada teori dan metod. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

16. Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (3rd Ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education.

17. Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (2nd ed.). Shah Alam, Selangor: McGraw- Hill Education.

18. Meriam, S. (1998). Qualitative research and case study application in education. San Francisco: Jossey -Bass Publication.

19. Mishra, P., & Koehler, M. J. (2006). Technological Pedagogical Content Knowledge: A framework for integrating technology in teacher knowledge. Teachers College Record, 108(6), 1017–1054. https://doi.org/10.1111/j.1467-9620.2006.00684.x

20. Olivares., & Castillo. (2018). ICT in the classroom : Primary education student teachers' perceptions of the interactive whiteboard during the teaching practicum. Educ Inf Teachnol. Springer Science,Business Media.1-13

21. Jaakkola, T. (2010). ICT in Finnish education and ICT education in Finland. In Centre for Learning Research (p. 16). Retrieved from https://sisu.ut.ee/sites/default/files/ict/files/tomi_jaakkola_0.pdf.

22. Ministry of Education Singapore. (2015). 21st century competencies, framework for 21st century competencies and student outcomes. Retrieved from https://www.moe.gov.sg/education/education-system/21st-century-competencies


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.