UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep Kama>lulla>h dalam
kumpulan puisi Suhaimi Hj. Muhammad dengan berpandukan prinsip ketuhanan yang bersifat Kama>l dalam
teori Takmilah, serta hubungannya dengan Sifat 20 Allah SWT. Kajian ini memfokuskan kepada kumpulan
puisi Taman Takwa melibatkan 79 judul puisi berkaitan ketuhanan. Analisis kajian menggunakan
kaedah kualitatif yang diimplimentasi dengan bukti-bukti statistik subjektif, manakala data
sekunder dikumpul menerusi kajian kepustakaan. Dapatan kajian membuktikan konsep dan sifat
Kama>lulla>h sama ada berbentuk ma‘a>ni> atau ma‘nawi> berjaya diterapkan oleh penyair. Daripada
504 frasa dan ungkapan Kama>lulla>h, 204 tergolong dalam sifat Qudrah, 94 sifat Ira>dah, 35 sifat
Kawnuhu sami>‘an, 30 sifat Sama„ dan 25 sifat Mukha>lafatuhu lil H{awa>dith. Dapatan juga
menunjukkan penyair menekankan pendekatan ma‘a>ni> berbanding ma‘nawi> dalam menyampaikan
sifat-sifat Kama>lulla>h menerusi puisinya. Kajian ini merumuskan bahawa puisi memiliki kekuatan
tersendiri dan berupaya menyampaikan sifat-sifat Kama>lulla>h dalam bentuk yang puitis yang tidak
dapat dilakukan menerusi genre kesusasteraan yang lain. Implikasi kajian menjelaskan bahawa
penyair muslim turut bertanggungjawab mendakwahi masyarakat dalam memahami konsep dan wacana
Kama>lulla>h dengan cara memanfaatkan bakat kesenian, kreativiti dan kebijaksanaan mereka dalam
berpuisi.
|
References |
Al-Quran al-Kari>m. Saudi Arabia: Mujamma‟ al-Ma>lik Fahad.
Abdul Ghani Jabal Maraqy (2016). Fari>datul Fara>’id fi ‘Ilmi ‘Aqa>’id Mutiara Ilmu Akidah bagi Syekh Ahmad bin M. Zain bin Mustafa bin Muhammad al- Fathani. Kota Bharu: Jabar Maraqy Sdn. Bhd. Cetakan kedua 5/2016
Abdul Halim Ali. (2014). Beberapa Tanggapan Awal Terhadap Teori Takmilah. dalam Abdul Halim Ali (2014) Teori Takmilah perluasan dan penafsiran, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Halim Ali. (2014). Teori Takmilah Perluasan & Penafsiran. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
A. Halim Ali. (2015). Kesepaduan Stail dengan Perutusan Agama dalam Kumpulan Puisi Taman Takwa. Dalam A. Halim Ali (2015). Wacana Teori dan Kritikan Sastera. Selangor: Tg Dot Net. Cetakan Pertama.
Abdullah as-Sudais, Al-Maja>z 'Inda al-Usuliyyin Bayn Al-Muji>zi>n wa al-Ma>ni'i>n, al- Maktabah al-Sya>milah, hlm. 7. Dalam Haris Zubaidillah (2015) (Atas Talian). Muat Turun 10/11/2017 dari http://hariszubaidillah.blogspot.my.
Abdullah bin Taslim. (2012). Kesempurnaan di atas Kesempurnaan dalam Nama dan Sifat Allah. (Atas Talian) Muat Turun pada 10/11/2017 dari https://muslim.or.id.
Achmad Arfinanto Arsyadani. (2009). Pemikiran Ketuhanan dalam Puisi Chairil Anwar. Fakulti Ushuluddin. Jogyakarta: Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga.
Adil Sastrawan. (2010). Spiritualitas dalam Novel Bilangan Fu. Jogyakarta: Fakulti Ushulluddin: Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga.
Ahmad Kamal Abdullah. (1988). Unsur-unsur Islam dalam Puisi Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Ghazzali. (1972). Keajaiban Hati, Jakarta: Tintamas.
Amir Impresyah. (2012). Sifat Wajib Bagi Allah Taala. (Atas Talian). Muat Turun 22/4/2018, dari https://amirimpresyah.wordpress.com/2012/11/26.
Amir Syarifudin. (2008), Us}u>lFiqih, Jilit 2, Cet. V, Jakatra: Kencana, ms. 345. Dalam Haris Zubaidillah (2015) (Atas Talian). Muat Turun 10/11/2017 dari http://hariszubaidillah.blogspot.my.
Ani Binti Haji Omar (2014). Manusia Sebagai Hamba dalam Anggur Kehidupan Karya Anismas Ar Analisis Daripada Perspektif Teori Takmilah. (Dalam Abdul Halim Ali (2014) Teori Takmilah perluasan dan penafsiran, Tanjung Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia).
Arif. (2010). Pesan Dakwah dalam Syair Melayu. Jogyakarta: Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga.
Asmiaty Amat & Lokman Abdul Samad. (2014). Puisi-puisi Arifin Arif: Satu Analisis Takmilah. Manu Bil 20, ms. 81-108
Balqis Haji Abu Bakar. (1981). Pertentangan Antara Rasulullah dan Musyrikin Mekah Serta Kesannya terhadap Perkembangan Sastera di Masa itu, sekitar sejarah dan Tamadun Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, ms. 88.
Faisal Tehrari. (2009). Tauhid, Wilayah Sebenar Sastera. (Atas Talian) Muat Turun pada 10/11/2016 dari http://www.utusan.com.my.
Faridah Mohd. Saad. (2006). Aplikasi Takmilah dalam Kumpulan Puisi Al-Amin Karya A. Samad Said. Tesis Sarjana, Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Habib Sharifah.(1984). Sasterawan Adalah Pendakwah Intelek. Utusan Qiblat, (Jan. 1984) ms.2 Dalam Ma‟amor bin Yusoff. (2000). “Unsur-unsur Islam dalam Novel Hassan Mohd. Ali”. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. ms.7.
Hafidz Abdurrahman. (2004). Ulu>mul Qur‟an, Bogor, ms. 125. Dalam Haris Zubaidillah (2015) (Atas Talian). Muat Turun 10/11/2017 dari http://hariszubaidillah.blogspot.my .
Haji Wan Ahmad Khall Haji Muhammad. (2013). Us}u>l al-Tah}qi>q. Kelantan: Ramly Press Sdn. Bhd.
Haris Zubaidillah (2015). Makalah Haqiqi dan Majazi (Tasybih, Isti‟arah, Kinaah) (Atas Talian). Muat Turun 10/11/2017 dari http://hariszubaidillah.blogspot.my.
Hasan Husen Assagaf. (2010). Wahdaniah. (Atas Talian). Muat Turun 10/11/2017, dari. https://hasanassaggaf.wordpress.com/2010/06/01/wahdaniyah.
Ibnu Nafis. (2008). Sifat Qudrah. (Atas Talian). Muat Turun 10/11/2017, dari. http://jarumemas.blogspot.com/2008/07/sifat-qudrah-berkuasa.html.
Inilah Akidah Bagi Sanusiah Matan Ummu al-Burhan. Fatoni: Ibnu Halabi
Ismail al-Faruqi, Lois Lamya al-Faruqi. (1992). Atas Kebudayaan Islam (Terjemahan) Mohd. Ridzuan Othman, Mohd Sidik Ishak dan Khairuddin Harun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid. (1976). Sastera Islam dalam Pembinaan. Bandar Baru Bangi. Penerbit Karyawan.
Ismail Ibrahim. (1988). Ciri-Ciri Sastera Islam. Dalam Mana Sikana (pny.), Sastera Islam dalam Pembinaan. Bangi: Penerbit Karyawan.
Kamariah Kamaruddin. (2006). Novel-novel Berunsur Islam: Satu Analisis Berdasarkan Teori Takmilah. Tesis PhD, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kamariah Kamaruddin. (2011). Takmilah Dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ma‟amor bin Yusoff. (2000). Unsur-unsur Islam dalam Novel Hassan Mohd. Ali. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Maisarah Yaacop.(2001). Ustaz dan Nurul Hidayah: Analisis Takmilah. Tesis sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mana Sikana. (1983). Sastera Islam di Malaysia, Kuala Lumpur, Sarjana Enterprise. Mana Sikana. (1985). Tanggapan Sastera. Kuala Lumpur: Karya Bistari.
Mana Sikana. (1997). Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maniyamin Ibrahim. (2005). Citra Takmilah: Analisis Terhadap Kumpulan Puis iISlam. Shah Alam: Karisma Publications.
Mohamad Bahari. (2003). Unsur-unsur Insaniah di dalam Novel-novel Pilihan Azizi Haji Abdullah. Tesis Sarjana, Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mohamad Shaidah. (2001). Penjabaran Semiotik dalam Puisi-puisi Suhaimi haji Muhammad. Ijazah Sarjana Sastera di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Universiti Putra Malaysia (UPM).
Mohd. Kamal Hassan. (1980). Konsep Keindahan dalam Islam dan Hubungannya dengan Seni dan Sastera: Satu Pandangan Umum. Dewan Sastera, Ogos 1980.
Musa‟id bin Sulaimanath-Thayyar. (2009). Tafsir Juz „Amma. Saudi Arabia: Dar Ibnu al-Jauzi. Cetakanke 8. ms. 267-268.
Mustafa Mohd. Isa. (1992). Sastera Melayu Klasik Bercorak Islam. Kuala Lumpur: USM dan Utusan Publications & Distributors.Sdn.Bhd.
Qomar. (2011). Al-Hakim. (Atas Talian). Muat Turun 10/11/2017, dari. http://asysyariah.com/al-hakim/2011/11/19.
Rahmah Ahamd H. Osman dan Mohd Shahrizal Nasir. (2011). Sastera Islam: Satu Perbandingan Antara Pandangan Mohd. Affandi Hassan dengan Abe al- Hasan al-Nadwi. Jurnal Elektronik, Jilid 3 (2011) ms.55-81.
Ros Zakaria. (2002). Martabat Nafsu dalam Novel-novel Shahnon Ahmad. Tesis PhD, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Salehuddin al Jawiy. (2004). Sifat 20 Ilmu Tauhid Awaluddin Ma‟rifatullah. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Samsina Abd. Rahman. (2001). Insan al-Kamil dalam Puisi Melayu. Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang: JBM. FBKM. UPM.
Samsina Abd. Rahman. (2013). Kembali ke Fitrah dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad. Jurnal Melayu,Jilid 11. UPM.
Sanat Md.Nasir. (2002). Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shafie Abu Bakar. (1983). Sastera Islam: Kajian dengan Sejarah perkembangannya di Malaysia. Kertas Kerja di Pertemuan Penulis-penulis Islam Malaysia- Anjuran Persatuan Penulis dan Peminatn Sastera Teluk Intan. 9-12 April, 1983, di Teluk Intan, Perak.
Shafie Abu Bakar. (1996). Takmilah: Teori, Falsafah dan Prinsip. Dewan Sastera. Shafie Abu Bakar. (1997). Takmilah Himpunan Makalah. Bangi. Jabatan Persuratan Melayu. UKM.
Shafie Abu Bakar. (2011). Gagasan Persuratan Pelengkap Takmilah: Bangi Makmal Menyerlah& Menyambut Tahun Baru 2012 dengan Azan dan Pengisian Gagasan PESURAT makanisma Membina Peradaban dan Tamadun Ummah, Sekretariat Bangi Bandar Baru Bangi.
Shahih Ibnu Katsir. (2011). Penterjemah: Tim Pustaka Ibnu Katsir. Jakarta: Pustaka Ibnu Katsir. Cetakan kelima. Jid. 9, ms.759.
Shahnon Ahmad. (1981). Kesusasteraan dan Etika Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsudin Abu Bakar. (2006). Analisis Takmilah Cerpen Pemenang Hadiah Sastera Islam. Serdang, Universiti Putra Malaysia.
Suhaimi Haji Muhammad. (1988). Isu-Isu Penting dalam Pembicaraan Sastera Islam. Dalam Mana Sikana (pny.) Sastera Islam dalam Pembinaan. Bangi: Karyawan.
Suhaimi Haji Muhammad. (2009). Taman Takwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sya>mil Al-Qur’a>n. (2009). Jarkata: Bt Sygma Examedia Arkanileema.
Tafsir al-Quran Pimpinan al-Rahman. Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri.
Tafsir Muyassar. (2009). Saudi Arabia: Mujama‟ Malik Fahad.
Yazid bin Abdul Qadir jawas. (2007). Pengertian Ibadah dalam Islam. (Atas Talian). Muat Turun 10/11/2017, https://almanhaj.or.id/2267-pengertian-ibadah-dalam- islam.html.
Yuliantoid. (2013). Sifat 20 Allah SWT. (Atas Talian). Muat Turun 10/11/2017, dari. https://cintanabimuhammadsaw.wordpress.com/2013/05/29.
Yusof al-Qardawi. (1985). Iman dan Kehidupan. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Zahir Ahmad. (2005). Peranan Sastera Islam dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. Jilid 15,2005.
Zailani Zawawi. (2011). Novel The Messing Piece: Analisis dari Perspektif Teori Takmilah. Tesis Sarjana. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |