UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Mitos merupakan unsur yang amat dominan dalam kesusasteraan Melayu tradsional. Mitos-mitos ini tidaklah dikemukakan secara tidak teratur atau sewenang-wenangnya sahaja, malah berdasarkan pola kepercayaan yang sememangnya telah wujud dan keadaan ini mencerminkan perkaitan pemikiran masyarakat dengan unsur-unsur animisme yang melatari kehidupan mereka sebelum tibanya kepercayaan-kepercayaan lain. Contoh perkembangan cerita mitos ini boleh dilihat dalam teks hikayat dalam tradisi kesusasteraan Melayu seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu. Manakala bagi contoh cerita lisan adalah cerita yang terdapat dalam Cerita Rakyat Malaysia (2008). Objektif makalah ini adalah mengenal pasti fungsi mitos yang terdapat dalam sastera Melayu tradisional. Makalah ini akan menggunakan pendekatan sosiologi sastera oleh Plummer, Ken (1997). Pendekatan makalah menjurus kepada persoalan bagaimana mitos menjadi kepercayaan masyarakat dan apakah fungsi mitos dalam teks sastera Melayu tradisional. Berdasarkan persoalan-persoalan ini maka mitos dapat dilihat fungsinya. Unsur-unsur mitos dalam sastera sejarah merupakan suatu kisah yang dipercayai oleh masyarakat setempat sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku dalam daerah mereka pada masa lampau. Maka cerita-cerita mitos menjadi landasan dan jawapan kepada sikap ingin tahu masyarakat silam. Ia juga bertujuan untuk meninggikan martabat diraja. Dalam sastera tradisi, sastera dilihat sebagai cermin dan dokumen masyarakat. Peranan cerita mitos bukan sahaja menjelaskan fungsinya terhadap masyarakat tetapi turut memperlihatkan kreativiti seorang pengarang ataupun penutur dan tukang cerita. Namun, dalam hal ini kehadiran unsur mitos menjelaskan kepada kita tentang hubungan karya dari sudut pemikiran dan pandang hidup (world view) masyarakat berkenaan pada suatu masa dahulu. |
References |
1. Ali Ahmad. (1987). Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Braginsky V.I. (1989). “Sistem Sastera Melayu Klasik dan Penilaiannya” dalam Dewan Sastera Oktober. Hlm: 42-51 3. Braginsky V.I. (1993). The System of Classical Malay Literature. Leiden: KTLV 4. Braginsky V.I. (1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Braginsky V.I. (1998). Yang Indah, Berfaedah dan Kamal: Sejarah Sastera Melayu dalam Abad 7-19. Jakarta Inis. 6. Cerita Rakyat Malaysia. (2008). Othman Puteh et.al (peny). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. 7. Dzulkifli bin Mohd Salleh. (1968). Hikayat Merong Mahawangsa.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Hashim Awang et.al. (1985). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti 9. Hashim Awang (peny). (1984). Seuntai Mutiara Klasik.Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd. 10. Hashim Awang. (1985). Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd. 11. Hoggart, Richard. (1996). “Literature and Society” dalam N. Mackenzie (peny) A Guide tothe Social Science. London: Wedenfeld and Nicholson. 12. Hooykaas. (1965). Penyedar Sastera. London: London Oxford University Press. 13. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 14. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15. Kamus Progresif Inggeris-Melayu. (1973). Shah Alam: Fajar Bakti. 16. Koster, G.L. (1997). Roaming through Seductive Gardens. Leiden: KITLV Press. 17. Mazarul Hasan bin Mohamad Hanapi. (2016). “Simbol dalam Mantera Menurut Kepercayaan Orang Melayu” dlm Jurnal Rumpun. Perak: Persatuan Penulis Budiman 18. Muhammad Hj Salleh. (2000). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 19. Norazimah Zakaria. (2016). Kanon Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia 20. Norazimah Zakaria, Abdul Halim Ali, Azhar Wahid & Ani Omar. (2018). “Sejarah Melayu sebagai Lambang Tradisi Akal Budi bangsa Yang Tinggi” dalam Jurnal Melayu Sedunia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Vol. 1, Issue 1. Hlm: 191-209 21. Norazimah Zakaria. (2015). “Model Wanita Kosmopolitan dalam Budaya Perdagangan Melalui Syair Sinyor Kosta” dlm Jurnal Pendeta. Tanjong Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jilid 6. Hlm: 260-273 22. Norazimah Zakaria. (2012). “Kepengarangan Hikayat Melayu dan Tuhfat Al-Nafis” dlm Jurnal Pendeta. Tanjong Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jilid 3. Hlm: 116-138 23. Norazimah Zakaria. (2014). “Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai” dlm Jurnal Pendeta. Tanjong Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jilid 5. Hlm: 57-70 24. Norazimah Zakaria. (2012) “Unsur Tipainduk dan Mitos dalam Teks Pilihan” dalam Jurnal Peradaban Melayu. Tanjong Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jilid 7. Hlm: 145-156 25. Noriah Taslim (1986). Asas-asas Pembinaan Epik. Siri Edisi Awal. P. Pinang: Universiti Sains Malaysia 26. Noriah Taslim (1993). Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 27. Plummer, Ken. (1997). “An invitation to a sociology of stories” dlm Studying Culture: AnIntroductory Reader oleh Ann Gray and Jim McGuigan (peny). London: Arnold 28. Winstedt, R.O (1969). A History of Classical Malay Literature. London: Oxford University Press. 29. Siti Hawa Salleh (1994). “Hikayat Merong Mahawangsa:Antara Mitos dan Realiti” Dalam Mohd Affandi Hassan (peny) Kesusasteraan Melayu Mitos dan Realiti:Esei/Kritikan Hadiah Sastera Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 30. Siti Hawa Salleh (1997). Kesusasteraan Melayu Abad kesembilan Belas. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka 31. Syair Bidasari (1989). Jamilah Hj Ahmad (peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 32. Syair Siti Zubaidah: Perang China (1983). Abdul Mutalib Abdul Ghani (peny). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 33. Wolff, Janet. (1981). The Social Production of Art. London: The Maxmillan Press Ltd
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |