UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur pendidikan ataupun nilai yang terdapat dalam bahan multimedia kartun animasi Upin dan Ipin. Ia dilihat mampu memberi nilai yang baik dan mampu memberi kesan yang besar dalam pendidikan murid sekolah rendah. Pendekatan pengajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran yang menarik. Di sini animasi memainkan peranan penting bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi. Perkara ini penting untuk memastikan murid dapat menumpukan perhatian dan tidak merasa jemu ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta mendapat ilmu yang berterusan. Makalah ini akan memanfaatkan teori Konstruktivisme. Menurut Post & Weingartner (1969) konstruktivisme ialah satu pengetahuan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Pandangan baru ini menganggap pelajar bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Nilai pendidikan yang difokuskan dalam bahan multimedia kartun animasi Upin dan Ipin adalah nilai murni dan ia dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. (1988) mentakrifkan nilainilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Justeru, pendidikan yang kaya dengan nilai-nilai murni khususnya dalam bahan pengajaran terpilih perlu dititikberatkan agar dapat membina modal insan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
|
References |
1. Abd. Rahim Abd. Rashid (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Abd. Rahim Abd. Rashid (2004). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 3. Abd. Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 4. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publication & Distributors. 5. Johnson, P. & Gott, R. (1996). Constructivism and Evidence From Children’s Ideas dlm Kertas kerja Rio Sumarni Shariffudin & Tang Howe Eng. Effectives of Cobndiff as a Cognitive Tool For the Learning of Differentiation. Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. UKM. 2002. 6. Kasmaizun Enuni bt Maohd Sarji dan Kamariah bt Kamarudin. (2017). “Nilai Islam Dalam Teks Misa Melayu” dlm Jurnal Rumpun. Tanjong Malim: Budiman Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kosmo, 7 Mei 2014 7. Maryam Syafiqha bt Mohd Sayuti dan Jamilah Omar. (2017). “Nilai Kepimpinan Pembesar Empayar Melayu Melaka Kajian Berasaskan Teks Sulalatus Salatin” dlm Jurnal Rumpun. Tanjong Malim: Budiman Malaysia 8. Needham, R. (1987). Teaching Strategies for Developing Understanding in Science, Leeds children’s Learning in Science Project. University of Leeds 9. Nurul Raihana dan Norila bt Md Salleh. (2016). “Penerapan Nilai Murni KBSM Menerusi Watak Utama Dalam Teks Komsas Novel Tirani” dlm Jurnal Rumpun. Tanjong Malim: Budiman Malaysia 10. Norazimah Zakaria. (2014). “Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai” dlm Jurnal Pendeta. Tanjong Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jilid 5. Hlm: 57-70 11. Post & Weingartner (1969) dlm Zuraini Mat Jasin & Abdul Sukor Shaari (2012). “Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu.” dlm Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 12. Siti Faridah Leong bt Abdullah dan Bazrul Bahaman. (2017). “Sulalatus Salatin Sebagai Medium Mendidik Nilai Murni” dlm Jurnal Rumpun. Tanjong Malim: Budiman Malaysia 13. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1998). “Ke Arah Pelaksanaan Nilai-nilai Murni dalam KBSM: Falsafah Pendidikan Negara” dlm Kertas Kerja Seminar Nilai-nilai Murni Merentas Kurikulum dalam KBSM. UKM. 14. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi (2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. 15. Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Noor (2011). “Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu” dlm GEMA Online Journal of Language Studies, 11 (3): 163-177.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |