UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
Main Author :Mazarul Hasan Mohamad Hanapi
Additional Authors :Norazimah Zakaria
Title :Pemikiran Aras Tinggi (KBAT) melalui peribahasa dalam bahan multimedia untuk pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terdapat melalui peribahasa dalam bahan multimedia kartun Pada Zaman Dahulu. Ia dilihat mampu memberi nilai yang baik dan mampu memberi kesan yang besar dalam pendidikan murid sekolah rendah. Pendekatan pengajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran yang menarik. Di sini animasi memainkan peranan penting bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi. Perkara ini penting untuk memastikan murid dapat menumpukan perhatian dan tidak merasa jemu ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta mendapat ilmu yang berterusan. Makalah ini akan memanfaatkan teori semiotik (Peirce, 1965) dan teori konstruktivisme (1987). Semiotik mementingkan tanda, penanda dan petanda. Dari sudut pengajaran, guru bijak menggunakan kecergasan fikiran untuk memahami sesebuah peribahasa. Teori semiotik mengajak guru untuk melihat hubungan penanda dan petanda. Dalam pengajaran peribahasa, aspek simbol sangat penting dalam teori semiotik. Hubungan simbol dalam peribahasa akan dilihat berdasarkan penggunaan pilihan kata-kata yang terpilih dalam konteks pemikiran masyarakat Melayu dan yang terdapat dalam bahan multimedia kartun Pada Zaman Dahulu. Manakala menurut Post & Weingartner (1969) konstruktivisme pula ialah satu pengetahuan baharu tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Pandangan baru ini menganggap pelajar bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Justeru, pendidikan yang kaya dengan bahan tradisi yang mempunyai nilai-nilai murni khususnya melalui bahan pengajaran terpilih perlu dititikberatkan agar dapat membina modal insan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

References

1. Arbaiyah Ab. Aziz. (2010). Simbolisme dalam Motif-motif songket Terengganu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Akademi Pengajian Melayu

2. Abd. Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Abd. Rahim Abd. Rashid. (2004). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

4. Abd. Rahman Md. Aroff. (1999). Pendidikan Moral:Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

5. Brooks, J.G & Brooks, M.G. (1993). Constructivist classroom. (atas talian) http://129.7.160.115/inst 5931/constructivist html.

6. Brown C.C. (1989). Malay Sayings. Ulang cetak. Singapura: Graham Brash.

7. Chow Fook Meng. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan dalam Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

8. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Malaysia: Mc Graw Hill.

9. Fadli Abdullah & Md Sidin Ahmad Ishak. (2010). “Pembangunan Sektor Animasi di Malaysia:

10. Pendidikan dan Latihan Animasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam” dlm Jurnal Pengajian Media Malaysia Jilid 12.

11. Fatimah Binti Ibrahim. (2005). Keberkesanan Pembelajaran Konstruktivisme Terhadap Pemahaman Komponen Sastera. Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

12. Fauziah Haji Jali. (2004). Kesantunan Berbahasa dalam Pantun Berdasarkan Antologi Komsas dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

13. Frey, N.& Fisher,D. (Eds.) (2008). Teaching Visual Literacy. Carlifornia: Corwin Press. Hasmidar Hassan & Jafizah Jaafar. 2016. Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungan dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Jurnal Bahasa 16 (1): 94-119.

14. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publication & Distributors.

15. Juliana Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2017). Refleksi Dualisme ‘Durian-Timun’ dalam Peribahasa Melayu: Pendekatan Semantik Inkuisif. Jurnal Linguistik Vol.21 (2) Disember 2017 (001-014).

16. Johnson, P. & Gott, R. (1996). Constructivism and Evidence From Children’s Ideas dlm Kertas kerja Rio Sumarni Shariffudin & Tang Howe Eng. Effectives of Cobndiff as a Cognitive Tool For the Learning of Differentiation. Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. UKM. 2002.

17. Julaina, Nor Hashimah & Junaini. (2017). Elemen dualisme dalam peribahasa: pendekatansemantik inkuisitif. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 10 (1): 66-88

18. Kassim Abbas. (2006). Media Dalam Pendidikan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

19. Katz, J (1981). “Bridging Value Childhood Education” dlm. Contemporary Education. 57 (Summer 1981) 130-137.

20. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kosmo, 7 Mei 2014

21. Keris Mas. (1988). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

22. Khor Huan Chin dan Noraini Mohamed Noh (2016). Keberkesanan Penggunaan Papan Putih Interaktif dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kalangan Murid Tahun 3.” dlm Jurnal Pendidikan Bitara Upsi Edisi Khas, 9(2): 11-17.

23. Mazarul Hasan bin Mohamad Hanapi, Abdul Halim Ali dan Mohd Rosli Saludin. (2016). “Simbol dalam Mantera Menurut Kepercayaan Orang Melayu” dlm Jurnal RUMPUN. Tanjong Malim: Persatuan Penulis Budiman

24. Needham, R. (1987). Teaching Strategies for Developing Understanding in Science, Leeds Children’s Learning in Science Project. University of Leeds

25. Nik Radhiah Nik Ali dan Kamarul Shukri Mat The (2015). Perbandingan Antara Peribahasa Arab dengan Peribahasa Melayu. Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin.

26. Noriah dan Hashim. (2008). “Prosiding Seminar Serantau Pendidikan Bahasa Melayu/Indonesia Pembelajaran Bahasa yang Menyeronokkan”. Pusat Pengajian Ilmu

27. Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 21-25 Disember 2008. Post & Weingartner (1969) dlm Zuraini Mat Jasin & Abdul Sukor Shaari. (2012). “Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu.” dlm Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

28. Tuan Jah Yusuf dan Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Siri Pengajaran Bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

29. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin. (1998). “Ke Arah Pelaksanaan Nilai-nilai Murni dalam KBSM: Falsafah Pendidikan Negara” dlm Kertas Kerja Seminar Nilai-nilai Murni Merentas Kurikulum dalam KBSM. UKM.

30. Za’ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Ulang cetak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

31. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.

32. Zamri Mahamod dan Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). “Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu” dlm GEMA Online Journal of Language Studies, 11 (3): 163-177.

33. Zatul Azma dan Ahmad Fuad. (2011). “Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu” dlm GEMA Online Journal of Language Studies, 11 (3): 31-51.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)