UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Penceritaan (Storytelling) merupakan pengalaman manusia yang sangat berharga dan unik dari aspek emosional dalam menjayakan sesuatu penyampaian atau penceritaan yang dibangunkan. Penggunaan media dalam proses pendidikan mampu melonjakkan tahap penumpuan dan pemahaman serta mewujudkan kepelbagaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berlandaskan kepada masalah penggunaan penceritaan digital sebagai bahan bantu mengajar dalam matapelajaran Sejarah yang sangat rendah berbanding dengan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain. Oleh hal demikian, kajian ini bertujuan untuk membangunkan koswer (perisian kursus) penceritaan digital sebagai bahan bantu mengajar dalam mempelajari matapelajaran Sejarah. Koswer penceritaan digital bersandarkan Model ADDIE digunakan sebagai bahan intervensi bagi mengkaji teknik penceritaan digital terhadap tahap penumpuan dan pemahaman pelajar berdasarkan memori jangka masa panjang dan pendek. Model reka bentuk melibatkan lima fasa pembangunan yang merangkumi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian berasaskan elemen penceritaan digital. Pemilihan sampel kajian untuk kajian rintis berdasarkan persampelan rawak mudah yang terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan dua yang mengambil matapelajaran Sejarah di kawasan pinggir bandar di Daerah Kinta Utara, Perak. Pemilihan sampel rawak mudah dibuat berdasarkan pencapaian dan prestasi pelajar yang melibatkan kumpulan rawatan 1 dan juga kumpulan rawatan 2. Kajian ini menggunakan reka bentuk bertumpu selari yang menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan set ujian bertulis sebelum dan selepas intervensi koswer penceritaan digital. Manakala, kaedah tinjauan akan digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan mengadakan sesi temubual berstruktur. Kajian ini menggunakan empat pembolehubah iaitu motivasi, rekabentuk antaramuka, membantu mempelajari sejarah serta keselesaan dan kesenangan kepenggunaan. Dapatan kajian rintis untuk pembolehubah motivasi, rekabentuk antaramuka serta keselesaan dan kesenangan kepenggunaan berada pada tahap lemah namun pembolehubah bagi aspek membantu mempelajari sejarah melepasi tahap kebolehpercayaan yang baik. Tuntasnya, terdapat perkaitan positif antara tahap persetujuan pelajar tingkatan dua terhadap penggunaan koswer penceritaan digital bagi matapelajaran sejarah. |
References |
1. Bp Gutschmidth. (2013). One Laptop Per Child In Rural Kenya, Student Perceptions about Computers, School and Self Efficacy After One Year With Xo Laptop and Constructionist Learning. 2. Chandler, P., & Sweller, J. (1991). Cogntive load theory and the format of instruction. Cognition and instruction, 8, 293-332. 3. Hatice Ç.ral. Sar.ca , Yasemin Koçak Usluel (2015). The effect of digital storytelling on visual memory and writing skills. 4. Hatice, Ç., & Usluel, Y. K. (2016). Computers & Education The Effect of Digital Storytelling on Visual Memory And Writing Skills, 94, 298–309. 5. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan Empat. 1992 dan 2002. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum. 6. Ismail Md. Zain. (1994). Keberkesanan Reka Bentuk Pengajaran Bersistem Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah. Tesis kedoktoran, USM 7. Joe Lambert (2013). Digital Storytelling, Caputuring Lives, Creating Community. 4th edition. 8. Ken Hyland. (2015). Teaching And Researching Writing By Ken Hyland Third Edition, Applies Linguistics In Action. 9. Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2003. Laporan Prestasi Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. 10. Mayer, R.E. (2001). Multimedia learning. Cambridge, UK: Cambridge University Press. 11. Ohler, J. (2004). Digital Storytelling [PowerPoint presentation]. Juneau, AK: Brinton. 12. Ohler, J. (2008). Digital Storytelling in The Classroom-New Media Pathways To Literacy, Learning and Creativity. London: Sage Publications. 13. Robin, B. R. (2008). Digital storytelling: A powerful technology tool for the 21st century classroom. Theory Into Practice, 47, 220-228. 14. Robin, B., & Pierson, M. (2005). A multilevel approach to using digital storytelling in the classroom. Digital Storytelling Workshop, SITE 2005, University of Houston. http://www.coe.uh.edu/digital-storytelling/course/SITE2005. Retrieved 12 February 2007. 15. Shelton, C. C,. Archambault, L. M., & Hale, E. E. (2017). Bringing Digital Storytelling to the Elementary Classroom: Video Production for Preservice Teachers.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |