UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisi keberkesanan Program Outbond yang telah dijalankan oleh Program Bahasa Arab Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pusat Bahasa, Universiti aL Al-Bayt Mafraq Jordan pada tarikh 8 November 2017 sehingga 8 Januari 2018. Program ini merupakan program outbond pertama dianjurkan oleh pihak program Bahasa Arab UPSI dengan melibatkan universiti awam di Jordan. Jumlah peserta yang terlibat pada peringkat awal adalah seramai 80 orang, walau bagaimanapun jumlah ini berkurangan kepada 12 orang sahaja disebabkan oleh faktor kewangan peserta. Dengan jumlah peserta yang kecil, program ini diteruskan dalam usaha untuk meningkatkan peluang pembelajaran dan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan bahasa Arab di negara penutur. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan instrument temu bual dan soal selidik untuk mendapatkan data. Selain itu, kaedah analisis teks juga dilakukan untuk menyokong data temubual dan data soal selidik yang diperolehi. Analisis data dilakukan terhadap penulisan refleksi harian yang dilakukan oleh pelajar sepanjang program outbond ini berjalan. Data kajian mendapati program outbond yang dijalankan di Pusat Bahasa Universiti aL Al-Bayt mampu untuk mengukuhkan penguasaan pelajar terhadap saiz kosa kata bahasa Arab dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan harian pelajar dengan penggunaan konteks penggunaan yang betul. Selain itu, program yang dijalankan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk menyertai akviti di peringkat global dan membina jaringan hubungan antarabangsa |
References |
1. Aizan Yaacob, Aspalila Shapii, Alobaisy Ayman Saad, Waleed Mugahed al-Rahmi & Norma Alias. (2018). Vocabulary learning strategies (VLSS) through secondary students at Saudi school in Malaysia (SSM): A pilot study. International Education & Research Journal, 4(2), 48-53. 2. Flower, F. (2000). Start built your vocabulary. Hove: Language Teaching. 3. Haastrup, K. & Henriksen, B. (2000). Vocabulary acquisition: Acquiring depth of knowledge through network building. International Journal of Linguistics, 10(2), 221-240. 4. Saipolbarin Ramli, Nazri Atoh, Zarima Zakaria & M.Sidik Ariffin. (2018). Aplikasi Penggunaan Formula Pola Ayat Dalam Penulisan Teks Arab Dalam Kalangan Pelajar ISM (Bahasa Arab) Dengan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, (5)1, 175-184. 5. Schmitt, N. (2000). Vocabulary in Language Teaching. Cambridge: Cambridge University Press. 6. Sutarsyah, C., Nation, P. & Kennedy, G. (1994). How Useful is EAP Vocabulary for ESP? A Corpus Based Case Study. RELC Journal, 25(2), 34-50. 7. Syed Arabi Idid. (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Tu’aimah, Rushdi Ahmad. (1989). Ta’lu, al-Arabiyyah li Ghairi al-Natiqenabiha. Ribath: ISISCO. 9. Tu’aimah, Rushdi Ahmad. (2005). Al-Kit?b al-J?mi’iyy, Mauqi’uh wa Ma’?yiruh wa Musykil?tuh. Cairo.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |