UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
LINUS merupakan akronim kepada Literacy and Numeracy Screening iaitu suatu program pemulihan untuk
memastikan murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dalam tempoh tiga
tahun awal persekolahan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru dan
menilai pelaksanaan Program LINUS 2.0 menerusi keempat-empat dimensi Model Penilaian KIPP
iaitu Dimensi Penilaian Konteks, Dimensi Penilaian Input, Dimensi Penilaian Proses dan Dimensi
Penilaian Produk. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan yang menggunakan
instrumen soal selidik. Instrumen ini mengandungi 46 soalan objektif berskala Likert Lima
Mata. Responden kajian ini terdiri daripada 300 orang guru tahap satu yang mengajar
subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS
Versi 23.0 dan menggunakan statistik deskriptif (min) dan statistik inferensi (korelasi dan ujian
regresi pelbagai). Dapatan kajian menunjukkan bahawa 9 daripada 13 subkonstruk berkaitan persepsi
guru terhadap pelaksanaan Program LINUS 2.0 di sekolah-sekolah dalam Daerah Gombak berada pada
tahap yang tinggi. Kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan, positif dan kuat
antara Dimensi Konteks dengan Dimensi Input (r=.696,N=300,p=0.00) dan Dimensi
Konteks dengan Dimensi Proses (r=.593,N=300,p=0.00). Namun begitu, hubungan yang
sederhana berlaku di antara Dimensi Konteks dengan Dimensi Produk
(r=.516,N=300,p=0.00). Hubungan yang signifikan, positif dan kuat juga melibatkan Dimensi
Input dengan Dimensi Proses (r=.783,N=300,p=0.00) dan juga Dimensi Input
dengan Dimensi Produk (r=.689,N=300,p=0.00). Selain itu, hubungan antara Dimensi Proses dan
Dimensi Produk juga adalah signifikan dan kuat (r=.633,N=300,p=0.00). Kajian juga mendapati bahawa
Dimensi Penilaian Konteks, Dimensi Penilaian Input dan Dimensi Penilaian Proses mempunyai
pengaruh yang signifikan ke atas Dimensi Penilaian Produk dalam pelaksanaan
Program LINUS 2.0. Dimensi Penilaian Input merupakan peramal terbaik bagi Dimensi Penilaian
Produk dalam pelaksanaan Program LINUS 2.0. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan
Program LINUS 2.0 merupakan suatu usaha berkesan yang dijalankan oleh KPM bagi membantu
meningkatkan penguasaan murid normal dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
serta mampu
meningkatkan tahap kualiti PdPc guru LINUS.
|
References |
Abdul Jalil, O., Normarini, N., Ghazali, D., & Saedah, S. (2011). Cabaran guru Program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masalah Pendidikan, 34, 37– 51.
Alias, M. (2012). Konsep dan penilaian dalam pelaksanaan kurikulum. Prosididng Seminar Penyelidikan Pendidikan Dan Pembangunan Sumber Manusia (PPPSM 2013), (28– 29 Februari), 0–12.
Alias, M. S., Nik Mohd Rahimi, N. Y., & Ruhizan, M. Y. (2011). Kajian kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education (AJTLHE), 3(2), 60–70.
Amin, S. (2008). Pembangunan profesional guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Anuar Ahmad. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(April).
Arasinah, K., Ab Rahim, B., Ramlah, H., & Soaib, A. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kompetensi rekaan fesyen pakaian. Studies in Educational Evaluation, 37(1), 11–19.
Arbiah Maddahiri, Khairuddin Abdullah, & Musirin Mosin. (2018). Amalan pengajaran guru LINUS Literasi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(2), 32–39.
Azahari, A. (2005). Penilaian Program Pentaksiran Ujian Lisan berasaskan Sekolah Bahasa Melayu SPM. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizi Yahaya. (2004). Penggunaan model kipp dalam penilaian matapelajaran kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Ahmad, & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Jaafar. (2015). Penilaian pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam sekolah menengah berasaskan model CIPP. Universiti Utara Malaysia.
Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli, & Shahrin Hashim. (2008). Sejaumanakah Model Stufflebeam ( KIPP ) boleh membantu dalam penilaian program pembelajaran?? Isu- Isu Psikologi Pembangunan Diri, pg 188-209.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Buku panduan dan pengoperasian Program LINUS. Putrajaya, Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Buku pengoperasian Program LINUS 2.0 (2nd ed.). Putrajaya, Malaysia.
Bahagian Pendidikan Khas. (2012). Garis panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia (1st ed.). Putrajaya, Malaysia.
Cansdale, R.W. (2001). The effects of site-embedded professional development teachers’s perceptions of their instructional practice. United States International University.
Chew Fong Peng. (2015). Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 5(November), 1–11.
Chong Chee Keong, Muhammad Faizal A. Ghani & Zuraidah Abdullah. (2016). Amalan komuniti pembelajaran profesional di sekolah berprestasi tinggi Malaysia: sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sarawak. Jurnal kepimpinan pendidikan, 3 (1), 43-70.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan?: buku 1 (1 st). Malaysia: Mc-Graw Hill Sdn Bhd.
Chua, Y. P. (2008). Asas statistik penyelidikan?: analisis data skala ordinal dan skala nominal (buku 3) (1st ed.). Malaysia: McGraw-Hill Education (Malaysia).
Chua, Y. P. (2011). Kaedah penyelidikan?: Buku 1. Malaysia: McGraw-Hill.
Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan statistik penyelidikan : ujian regresi, analisis faktor dan analisis SEM (buku 5). Malaysia: McGraw-Hill Education (Malaysia).
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2014). Kamus dewan (Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewi, M. S. (2011). Penguasaan 3M dalam kalangan murid-murid pemulihan khas: kajian kes di salah sebuah sekolah rendah di kawasan Kapit, Sarawak. Universiti Utara Malaysia.
Dufour, R., & Marzano, R. J. (2011). Leaders of learning:how district, school, and classroom leaders improve student achievement. Bloomington:Solution Tree Press.
Ee Ah Meng. (2003). Ilmu pendidikan?: pengetahuan dan keterampilan ikhtisas. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Faizah, S., & Eftah, M. (2015). Kajian status kefahaman guru dalam pentaksiran murid Program LINUS. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 4(1), 17–28.
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah kebangsaan daerah Pontian. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Ferda, T. (2010). Evaluation of an english language teaching program at a. Middle East Technical University.
Fitzpatrick, J. L., Sanders, J. R., & Worthen, B. R. (2012). Program evaluation?: alternative approaches and practical guidelines. New Jersey: Pearson Education Inc.
Ghazali, D. (2003). Keberkesanan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (Pengkhususan Pengajian Islam) di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia. Universiti Malaya.
Ghazali, D., Othman, T., & Normah, I. (2017). Penilaian program dalam pendidikan sains sosial (1st ed.). Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Ghazali, D., & Sofean, H. (2015). Metodologi penyelidikan dan pendidikan (1st ed.). Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.
Ghazali, D., & Sufean, H. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Guilford, J. P., & Fruchter, B. (1973). Fundamental statistics in psychology and education (5 th). New York: McGraw-Hill.
Hafiz, M., & Tarmizi, M. (2016). Tahap kefahaman membaca antara murid pasca LINUS dan murid arus perdana. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Haliza, H. (2005). Penilaian pencapaian matlamat Sekolah Rendah Agama Integrasi di bawah JAIS. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasnalee, T., & Zulkifley, H. (2011). Pengaruh demografi terhadap kemahiran membaca dan memahami dalam kalangan murid-murid LINUS. Jurnal Melayu, (6), 29–47.
Husin Fateh, D., Nazariyah, S., Mastura, M. B., & Siti Hajar, I. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Ikhsan, O., & Norila, M. S. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah?: aspek- aspek yang berkaitan. Perak: Quantum Books.
Jabatan Pendidikan Khas. (2003). Buku panduan pelaksanaan program pemulihan khas?: masalah penguasaan 3M. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Jabatan Perdana Menteri. (2012). Program Tranformasi Kerajaan (1st ed.). Putrajaya, Malaysia.
Khairuddin, M. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Khairuddin, M., & Zaridah, R. (2015). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities Robert. Educational and Psychological Measurement, 38(1), 607–610.
Laimah Sungap. (2017). Hubungan antara amalan pengurusan kurikulum, kepuasan kerja dan komitmen kerja dalam kalangan ketua panitia berdasarkan prestasi akademik sekolah menengah kawasan pendalaman atas Negeri Sabah. Journal of global business and social entrepreneurship, 1(1), 58–72.
Lay, Y. F., & Hoon, K. C. (2012). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif dalam penyelidikan pendidikan. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Mahzan, A. (2008). Bahasa Melayu?: strategi peracangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mahzan, A. (2016). Prinsip dan amalan dalam pengajaran literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maizatul Haizan, M., & Wan Idros, W. S. (2014). Apa hebatnya Program Transformasi Kerajaan?. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid, 30(Special Issue), 145–158.
Maszuraini, M., & Hamedi, M. A. (2015). Pembangunan aplikasi peranti mudah alih untuk kemahiran membaca kanak-kanak?: aplikasi literasi LINUS. Jurnal Pengajian Media Malaysia, VOL. 17(NO 2), 64–78.
Mat Rasid Ishak. (2014). Kajian keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA): satu penilaian di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 39(2), 83-93.
Mat Zin Hussin. (2017). Penilaian pelaksanaankurikulum MPV di negeri Kedah dan Pahang. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Maziah, M. S., Muhammad Nubli, A. W., & Mohd Firdaus, M. K. (2012). Keberkesanan Modul LINUS berbantukan Terapi Biofeedback 5 EmWave terhadap murid-murid, di Zon Chenor, Pahang. Prosiding Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI Siri II 2012, (Pierce), 110–120.
Md. Rizal, S. (2016). Keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Projek Lukisan Kejuruteraan di sekolah dari perspektif guru. Universiti Teknologi Malaysia.
Mitchem, K., Wells, D., & Wells, J. (2003). Using evaluation to ensure quality professional development in rural schools. Journal of Research in Rural Education, 18(2), 96– 103.
Mohamad Fadzil, C. A., & Abdul Jaleel, A. H. (2013). Menilai keberkesanan pelaksanaan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Seminar Pendidikan Sejarah Dan Geografi (UMS, 29–30).
Mohamad Najib, A. G. (2016). Prinsip asas penilaian program pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia Press.
Mohd Asnorhisham Adam, Abdul Rahman Hamdan. (2017). Intervensi penguasaan menulis literasi Bahasa Melayu murid menerusi pendekatan co-LINUS. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18, 87-96.
Mohd Majid, K. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Mohd Razak, M. N., Shaharuddin, S., & Normah, K. (2014). Cabaran Guru Pemulihan Linus (Literasi) Di Sekolah -Sekolah Murid Orang Asli Negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 8(Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh), 1–18.
Muhammad Faizal, A. G., & Abd. Khalil, A. (2015). Model Program Perkembangan Profesionalisme Guru Malaysia: satu kajian analisis keperluan di sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berprestasi rendah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 32–46.
Nazariyah, S. (2014). Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS)?: satu analisis. Universiti Malaya.
Nazimah Binti Mohamad. (2013). Penggunaan modul pembelajaran kemahiran jawi. Universiti Teknologi Malaysia.
Norshida Binti Hashim. (2012). Keberkesanan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran bahasa Arab J-QAF. Universiti Malaya.
Nor Hasnida, C. M. G. (2016). The implementation of School-Based Assessment System in Malaysia: a study of teacher perceptions. GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 104–117.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan (2nd ed.). Malaysia: McGraw-Hill Education (Malaysia).
Norazilawati, A., Noraini, M., Rosnidar, M., Abdul Talib, M. H., & Wong, K. T. (2015). Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains, 5(1), 89–102.
Norlaila Kuslan. (2014). Aktiviti pemulihan bacaan di sebuah sekolah rendah: satu kajian kes. Universiti Malaya.
Pellegrino, James W. (2004). The evolution of educational assessment: considering the past and imagining the future. University of Illinois at Chicago.
Rajendran, N. (2001). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan guru mengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Seminar Projek KBKK: Poster ‘Warisan-Pendidikan-Wawasan’ Anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, 1–13.
Razali, A. (1991). Pengantar kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohayati Ismail, Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Othman Talib. (2012). Hubungan antara kompetensi guru, sokongan dan prasarana sekolah dengan sikap guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Sains Matematik Malaysia, 2(1), 51– 64.
Rosseliiah, B., Sabariah, Md, R., & Heng, C. S. (2015). Teachers’ perception on the implementation of the Literacy, Numeracy and Screening (LINUS LBI 2.0) Programme among lower primary esl pupils. Malaysian Journal of ELT Research, 11(1), 108–121.
Ruzaini, R. (2015). Kesediaan guru dalam pelaksanaan Program LINUS di sekolah rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Scriven, M. (1967). The methodology of evaluation. Perspectives of Curriculum Evaluation, 39–83.
Shapiee, L. (2002). Program Pendidikan Khas di Sarawak?: satu penilaian. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharifah, N. P., & Juti, R. (2009). Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M): satu kajian kes di Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan. International Journal of Learner Diversity(2009), 1, 189–206.
Sharil, H. M., Norfizah Hayati, A., & Muhammad Faizal, A. G. (2010). Analisis Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 digubal berdasarkan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2001-2010 ), Rancangan Malaysia Ke-9 ( Rmk9 ) Dan Wawasan 2020?: isu dan pelaksanaannya. Jurnal Internasional, 9, 60–73.
Siti, Nadzrah Rozme (2007). Literasi penulisan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar: Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal E-Bangi, 2(2), 1–17.
Siti Aloyah, A. (2002). Penilaian pelaksanaan program PEKA biologi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Anisha Samsudin, Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif, Abdul Halim Abdullah. (2014). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah menerusi pandangan guru. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik.
Siti Fatimah, A., & Najeemah, M. Y. (2012). Kemahiran membaca kanak-kanak dalam aplikasi pendekatan belajar melalui bermain. DP. Jilid, 121(12), 4–9.
Siti Shahida Mohd Aziri & Che Nidzam Che Ahmad. (2014). Penggunaan modul pembelajaran dan pengajaran berasaskan analogi terhadap pencapaian pelajar bagi topik enzim dalam biologi tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 4 (2), 91-103.
Stake, R. E. (1980). Program evaluation, particulary responsive. Rethinking Educational Research, (November), 72–87.
Stufflebeam, D. L. (1971). Educational evaluation and decision-making. Itasca, Illinois: F.E. Peacock Publisher Inc.
Stufflebeam, D. L. (2001). Evaluation models: new directions for evaluation. New York: John Wiley and Sons.
Stufflebeam, D. L., & Kellaghan, T. (1983). The CIPP model for program evaluation’. Netherlands: Springer, Dordrecht.
Stufflebeam, D. L., & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation theory, models and applications. San Francisco: Jossey- Bass.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. (2005). Konvensyen mengenai hak kanak- kanak (1st ed.). Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn Bhd.
Tuan Jah, T. Y., & Faridah, N. (2011). Pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction (1st ed.). Chicago: The University Of Chicago Press.
Ulrike Hanemann. (2015). The evolution and impact of literacy campaigns and programmes 2000–2014 (1st ed.). German: UNESCO Institute for Lifelong Learning.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan. (2010). Program Transformasi Kerajaan. Putrajaya, Malaysia: Jabatan Perdana Menteri.
Unit Perancang Ekonomi. (2015). Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020). Jabatan Perdana Menteri. Retrieved from http://www.epu.gov.my
United Nations Development Programme. (2016). Human development report 2016. United Nations Development Programme. New York: United Nations Development Programme.
Vincent, P., & Denis, L. (2014). Penilaian dalam pendidikan (3 rd). Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Wong, E. P. L. (2014). Amalan LINUS sekolah kebangsaan di Zon Parit Bunga, Daerah Muar. Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Yee, L. P., & Manisah, M. A. (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak-Kanak Autistik mengikut perspektif ibu bapa. Jurnal Pendidikan, 33, 19–33.
Zainudin, H., Mohd Zaki, M. S., & Nur Azza, A. A. (2015). Reformasi dan sistem pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Nusantara Indonesia, 1(1), 113–126.
Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad & Ismi Arif Ismail. (2011). Hubungan ?antara penglibatan ibubapa dan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(2), 31-40.
Zuraidah, Zulkififli, Nurul'Ayuni. (2015). Pemerkasaan guru dan PdP prestasi pelajar Melayu di sekolah kebangsaan, Semenanjung Malaysia. Simposium Pendidikan Melayu, 132-162.
Zhang, G., Zeller, N., Griffith, R., Metcalf, D., Williams, J., Shea, C., & Misulis, K. (2011). Using the context, input, process, and product evaluation model (CIPP) as a comprehensive framework to guide the planning, implementation, and assessment of service-learning programs introduction and review of literature. Journal of Higher Education Outreach and Engagement, 15(4), 57–83.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |