UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :JA Political science (General)
Main Author :Siti Noranizahhafizah Boyman
Title :Kecenderungan politik dalam kalangan belia wanita di Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Artikel ini mengkaji kecenderungan politik dalam kalangan belia wanita di Perak. Pengaruh belia dalam menentukan perubahan boleh menjadi signifikan dengan jumlah belia yang semakin meningkat kepada 13.4 juta pada 2010 daripada 10.8 juta bersamaan 41 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2005. Di Perak pengundi belia berjumlah 37 peratus iaitu 522,536 orang daripada 1,409,045 keseluruhan pengundi pada Pilihan Raya Umum 2013. Manakala dari segi komposisi, belia lelaki adalah seramai 270,237 orang dan perempuan 252,536 orang. Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki penglibatan belia wanita dalam politik, kecenderungan dan pilihan mereka tentang politik. Bagi mendapatkan data yang diperlukan, penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu 416 orang atau 92.4 peratus tidak melibatkan diri sebagai ahli dalam parti politik. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan belia wanita dalam politik adalah rendah dan sikap mereka terhadap aktiviti politik amatlah pasif. Belia wanita hanya melibatkan diri dalam aktiviti politik secara formal seperti mengundi dalam pilihan raya. Akhir sekali, hasil analisis menggambarkan bahawa penglibatan belia wanita di Perak adalah disebabkan oleh sikap peribadi ingin melibatkan diri dalam aktiviti politik. Implikasinya kecenderungan dan penglibatan belia wanita dalam politik agak pasif. Oleh itu, perlu ada satu anjakan kepada penglibatan belia wanita dalam politik di Perak agar selari dengan politik semasa dan menjadi pelapis kepada pemimpin-pemimpin wanita pada masa hadapan.

References

1. Azlina Abdullah. (2012). Literatur dan kajian tentang gender di Malaysia sejak 1980 hingga dekad 2000an. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 5, 27-35.

2. Ekman, J., & Amnå, E. (2012). Political participation and civic engagement: Towards a new typology. Human affairs, 22(3), 283-300.

3. Fatimi Hanafi, Zulkarnain Abdul Rahman, & Arbaiyyah Mohd Noor (2015). Faktor-faktor penglibatan wanita Melayu dalam politik di Malaysia: amalan demokrasi dan dasar agama Islam. Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2015, 228 – 236.

4. Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman, Arbaiyyah Mohd Noor & Mohd Roslan Mohd Nor. (2016). Hak asasi manusia dan penglibatan wanita dalam politik di Malaysia. Jurnal Al-Tamaddun, 11(1), 17-33.

5. Fatimi Hanafi. (2017). Penglibatan wanita Melayu dalam pilihan raya di Malaysia, 1999-2008/Fatimi Hanafi (Tesis Ph.D, Universiti Malaya).

6. Haryati Hasan. (2014). Isu-isu Wanita Dalam Manuskrip Melayu Abad ke 15 Hingga Abad ke 18. Jurnal Perspektif, 6(1), 36-48.

7. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Khaidzir Hj. Ismail, Abdul Halim Sidek, & Noor Aziah Hj. Mohd Awal. (2012b). Persepsi belia terhadap isu politik dan dasar kerajaan Malaysia. Malaysia Journal of Youth Studies, 7, 136-156.

8. Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, & Amer Saifude Ghazali. (2014e). Pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) : Impak geopolitik di wilayah persekutuan Kuala Lumpur dalam pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013. Journal of Social Sciences and Humanities, 9(1), 1-23.

9. Khairunnisa Ahmad Hamidi & Zakaria Mustafa. (2013). Politik Gender: Perbandingan peranan wanita dan proses politik di Malaysia-Jepun: Halangan dan prospek. Dlm. Prosiding International Conference on Social Science Research. P.Pinang: World Conferences.net.

10. Khairunesa Isa & Mohamed Azrul Syam Mohamed Yusof. (2011). Penyertaan belia dalam aktiviti gerakan belia 4B di komuniti Petaling Jaya Selatan, Selangor Darul Ehsan. Dlm. Kebangsaan Sains Sosial UNIMAS 2011: Pembangunan ke Arah Masa Depan yang Mapan. CTF1 Kampus Barat: UMS.

11. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

12. Mohd Roslan Mohd Nor & Siti Zafrina Mohd Zahari. (2012). Wanita dan politik pilihan raya menurut perspektif Al-Quran. Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 358 – 374.

13. Moser, Caroline O.N. (1989). Gender planning in the Third World: Meeting practical and strategical gender needs (eds). World Development, 17(11), 1799-1825

14. Muhammad Abu Bakar. (1973). Mahasiswa menggugat: Suatu analisa dan peninjauan dari dalam terhadap kegiatan mahasiswa-mahasiswa negeri ini. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

15. Muhammad Rahimi Hasan & Bahiyah Abdul Hamid. (2017). Pembangunan kepimpinan wanita: membina ilmu watan bagi kepimpinan wanita menerusi kehidupan Tun Fatimah Hashim. Kajian Malaysia, 35(1), 91–116.

16. Noor Atirah Eliya Mohd Nor, & Hasrina Mustafa (2017). Analisis faktor-faktor yang menyumbang kepada penglibatan politik dalam kalangan penduduk Pulau Pinang. Sains Humanika, 10(1), 37-47.

17. Nor Rafidah Saidon, Sity Daud, & Mohd Samsudin (2017a). Faktor kepimpinan dan gender dalam penglibatan politik wanita di Malaysia (1980-2013). Akademika, 87(3), 61 – 73.

18. Nor Rafidah Saidon, Sity Daud, & Mohd Samsudin (2017b). Penglibatan politik: pemerkasaan kepimpinan wanita di Malaysia (1980-2013). e-Bangi, 12(1), 137 – 150.

19. Nur Azyan Baharizan. (2015). Kepimpinan wanita dalam politik: Satu perbincangan tentang pandangan Ulama. Dlm. Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini (Eds), Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke arah Pemantapan Ummah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

20. Ruhana Padzil (2013). Tinjauan teori dan konsep: Perjuangan wanita dalam politik di Tanah Melayu. SARJANA, 28(2), 1 – 20.

21. Sharifah Syahirah Syed Sheikh. (2010). Pemerkasaan representasi politik wanita di Malaysia: Analisis Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12). The Journal of Administrative Science, 7(1), 11–37.

22. Siti Noranizahhafizah Boyman & Jayum Anak Jawan (2013). Politik ‘katak’ di Malaysia. Situasi selepas PRU 12? Dlm. persidangan intelektual kebangsaan Malaysia 2013. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

23. Siti Noranizahhafizah Boyman & Jayum Anak Jawan (2016). Kegoyahan Pakatan Rakyat di Perak. Dlm Mohd Takiyuddin & Sity Daud (pnyt). Pilihan raya umum ke-13 kesinambungan politik baru dan kekentalan politik lama. Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia.

24. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2009). Laporan Pilihan Raya Umum Ke-12. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

25. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2015). Laporan Pilihan Raya Umum Ke-13. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

 

 

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)