UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Pentaksiran Ekstensif Modifikasi Permainan Kategori Memadang Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5. Kajian ini menggunakan instrumen yang holistik dan realistik bagi menilai tahap pencapaian murid bagi permainan kategori memadang. Pentaksiran Ekstensif merangkumi penilaian domain psikomotor, kognitif, afektif dan juga elemen penaakulan (memukul dan memadang). Penilaian domain psikomotor, afektif dan elemen penaakulan dilaksanakan secara pemerhatian guru, dan bagi domain kognitif pula, penilaian kendiri dilaksanakan oleh murid. Lima sumber utama dijadikan sebagai rujukan dan panduan supaya instrumen pentaksiran yang dibina bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kurikulum Pendidikan Jasmani. Instrumen kajian ini dibina berdasarkan Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 5, Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Jasmani Tahun 5, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2014 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Hasil kajian mendapati kesahan instrumen Model Pentaksiran Ekstensif bagi permainan kategori memadang adalah tinggi bagi kedua-dua proses kesahan. Manakala, kebolehpercayaan instrumen Model Pentaksiran Ekstensif bagi permainan kategori memadang antara dua penguji bagi pencapaian tahap penguasaan murid bagi domain psikomotor, kognitif, afektif dan penaakulan menunjukkan hubungan yang kuat. Berdasarkan dapatan kajian, instrumen Pentaksiran Ekstensif ini adalah sesuai digunakan sebagai instrumen standard untuk mentaksir tahap penguasaan murid bagi permainan kategori memadang dalam Pendidikan Jasmani Tahun 5. Instrumen Pentaksiran Ekstensif merupakan satu instrumen yang holistik, realistik, dan dapat mengukur tahap penguasaan murid selaras dengan kehendak pentaksiran berasaskan sekolah sebagaimana yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 |
References |
1. Abdul Razak, N. (2017). Profil Penaakulan Pelajar Berdasarkan Permainan Kategori Jaring dan Dinding dalam Pendidikan Jasmani (Tesis Doktor Faksafah yang tidak diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. 2. Abdullah Ghafar, M. D. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran . Kuala Lumpur: Utusan Publications. 3. Abdullah Sani, Y. (2003). Mengukur kemahiran literasi guru sekolah rendah ( Tesis Doktor Faksafah yang tidak diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. 4. Abu Bakar. N. (1985). Penilaian afektif. Kajang: Masa Enterprise. 5. Abu Bakar, N., & Bhasah, A. B. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan dan sains sosial (Cetakan Pe.). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 6. Adib, S. (2016). Komunikasi personel 18 Februari 2016. 7. Ahmad, H. (2014). Panduan analisis data secara efisien (Edisi 1). Tanjong Malim, Perak: Dubook Press Sdn.Bhd. 8. Anderson, L. W., & Krathwohl D. R. (eds) (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. New York: Longman. 9. Bashah, A.B. (2006). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 10. Bailey, R. (2006). Physical education and sport in school: A review of benefit and outcomes. Journal of based Approach. USA: Human Kinetics. 11. Dave, R. H., (1970). Psychomotor levels developing and writing behavioural objectives. Tuscon, AZ : Educational Innovators Press. 12. Gagne, R. M. (1985). The Condition of Learning and Theory of Instruction (4th Ed). New York: Hold, Rinehart & Winston, Inc. 13. Hastad, D., & Lacy, A. (2002). Measurement and Evaluation in Physical Education and Exercise Science (4th Ed.). San Francisco: Benjamin Cummings. 14. Helmy, Reduan, Roslan. (2016). Komunikasi personel 25 Mei, 2016. 15. Julismah, J., Norkhalid, S., Mohd. Izwan, S, & Syed Kamaruzaman, S. A. (2014). Model-model pentaksiran dalam pendidikan jasmani (1st Ed.). Tanjong Malim, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris. 16. Kelly, L. E., & Melograno, V. (2004). Developing the Physical Education Curriculum. An Achievement- based Approach. USA: Human Kinetics. 17. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1979). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah. 18. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1998: Pendidikan Jasmani (Pindaan). Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah. 19. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Buku Panduan Kemahiran Mrnaakul. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. 20. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pelajaran Malaysia. 21. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Putrajaya. 22. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Jasmani Tahun 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 23. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 24. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pendidikan Jasmani Tahun 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 25. Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., & Masia, B.B. (1964). Taxonomy of educational objectives, the classification of educational goals, Handbook II: affective domain. New York : David McKay Company Inc. 26. Lembaga Peperiksaan. (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Kementerian Pendidikan Malaysia. 27. Liza, S., Julismah, J., Azali, R., & Norkhalid, S. (2016). Learning Assessment For Invasion Category Games In Year 4 Physical Education. Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia. 28. Lund, J.L., & Kirk, M. F. (2002). Performance-base assessment for middle and high school physical education. Human Kinetics: Champaign. 29. Melograno, V. J. (2007). Grading and report cards for standards-based physical education. Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 78(6), 45-53. doi: 10.1080/07303084.2007.10598041. 30. Mitchell, S.A., Oslin, J.L., & Griffin, L.L. (2006). Teaching soprt concepts and skill: A tactical games approach. 2nd ed. Champaign, IL: Human Kinetics. 31. Mohd Izwan, S., Norkhalid, S., & Gunathevan, E. (2015). The Validity and Reliability of ISO Test towards the Performance Assessment of Future Physical Education Teachers in Teaching and Learning Process. Procedia- Social and Behavioral Sciences. 32. Mohnsen, B. S. (2003). Teaching middle school Physical Education. A standards-based approach for grades 5-8. United States: Human Kinetics. 33. Morrow, J.R., Jackson, A. W., Disch & Mood, D.P. (2005). Measurement and evaluation in human performance (3rd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. 34. Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (Edisi Kedua): McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn.Bhd. 35. Norazilawati, A., Noraini, M. N., Rosnidar, M., Abdul Talib, M. H., & Wong, K. T. (2015). Penilaian Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains. Journal Pendidikan Sains Dan Matematik. 36. Norkhalid Salimin, (2012). Pentaksiran komprehensif berbanding penilaian kendalian sekolah menengah dalam mata pelajaran pendidikan jasmani Tingkatan 2. Tesis Doktor Falsafah. Tidak diterbitkan. Tanjung Malim, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris. 37. Norkhalid, S., Julismah, J., Nur Akmal, I., Sadzali, H., Gunathevan, E., Boon, O.K., & Mohd Izwan, S. (2014). Validity and Reliability of Comprehensive Assessment Instruments for Professional Skills in Field and Court Sport Among Major Students Coaching Based on Model K. BEST: International Journal of Humanities, Art, Medecinie and Sciences (BEST: IJHAMS). 38. Othman, L., Siti Esah, M., Ahmad Fuaad, D., Azali, R., & Omar Hisham, B. (2013). Pembinaan standard pentaksiran berasaskan sekolah bagi sekolah rendah di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, Malaysia. 39. Rink, J. E. (2002). Teaching physical Education for learning (4th ed). New York: McGraw Hill 40. Rossett, A. (1987). Training need Assessment. Englewood Cliffs: Educational Technology Publication. 41. Salleh, M. S., & Hamidah, A. (2014). Pendidikan Jasmani Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (Cetakan Pe). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 42. Sidek, M. N., & Jamaludin, A. (2008). Pembinaan Modul. Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. 43. Thorndike, E. L. (1968). International Encyclopedia of the Social Sciences. Retrieved from Encyclopedia.com: http://encyclopedia.com/doc/1G2-3045001256.html 44. Thorndike, R.L. dan Hagen, E.P., (1977). Measurement and evaluation in Psychology and Education. New York: John Wiley & Sons. 45. Vygotsky, L.S. (1986), Thought and language. (A. Kozulin, trans), Cambridge, MA : MIT Press. (Original work published 1934).
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |