UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
syukur hanya kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, buku Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu ini dapat disiapkan. Sesungguhnya segala nikmat yang diberikan kepada kita seharusnya menyedarkan kita bahawa amanah yang kita pikul sebenarnya akan dapat dilaksanakan jika kita berusaha dan sabar melakukannya. Setiap hari kita melalui pelbagai peristiwa, setiap peristiwa memberi makna yang tersendiri. Semua itu adalah diary dan sebagai gedung ilmu di institusi pengajian, perpustakaan berusaha untuk merakam serta menyimpan segala aktiviti dan peristiwa yang berlaku, kelak ia menjadi rujukan dan kenangan masa silam.
Perpustakaan Tuanku Bainun tidak ketinggalan turut bersama menyokong program Malaysia Membaca dengan pengisian pelbagai kempen dan aktiviti berkaitan buku antaranya ialah wacana buku, bicara karya, diskusi karya, forum, kafe ilmu dan pelbagai istilah lagi digunakan. Program-program seperti ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik dan ilmiah di samping menyahut cabaran YB Menteri Pendidikan yang mensasarkan Malaysia sebagai Negara Membaca Menjelang 2030. Di samping itu, ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar mengenai wujudnya Hari Buku Sedunia yang dirayakan oleh seluruh negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sebagai sokongan dalam budaya membaca, PTB meletakkan pembudayaan membaca sebagai satu mekanisme utama untuk meningkatkan ilmu kepada masyarakat. Dari segi sokongan terhadap penerbitan buku, PTB juga telah mengambil langkah proaktif dengan menerbitkan buku ini. Semoga Allah memberakati usaha kami. Wassalam. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |