UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam karya-karya Sastera Melayu. Pemikiran dalam lirik lagu tradisional khasnya lirik lagu “Bangau Oh Bangau”dan “Burung Kenek-Kenek”turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetikahasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Sehubungan itu kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan falsafah, bahasa dan pemikiran dalam lirik lagu “Bangau Oh Bangau”dan “Burung Kenek-Kenek”dengan menggunakan hipotesis Sapir-Whorf. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Hasil kajian mendapati lirik lagu “Bangau Oh Bangau”memaparkan empat falsafah dan pemikiran Melayu dalam iaitu sindiran kepada budaya menyalahkan orang lain, sindiran kepada masyarakat pemalas, keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu tindakan atau perancangan dan falsafah pegangan hidup. Manakala lirik lagu “Burung Kenek-Kenek”pula mendapati falsafah dan pemikiran sebagai nasihat agar menjadi insan yang bertaqwa, nasihat agar patuh kepada ibu bapa dan berakhlak mulia (tidak bersikap angguh). Kajian juga membuktikan terdapat hubungan falsafah, bahasa dan pemikiran dalam lirik lagu Melayu khasnya lirik lagu “Bangau Oh Bangau”dan “Burung Kenek-Kenek”sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf. 15Kesimpulannya, penelitian terhadap lirik lagu “Bangau Oh Bangau”dan “Burung Kenek-Kenek”telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu dalam penciptaan lirik lagu Melayu dengan bersumberkan alam sekeliling
|
References |
1. Asdi S. Dipodjojo. (1966). Sang Kantjil Tokoh Binatang Indonesia. Gunung Agong: Djakarta. 2. Asmah Haji Omar. (1986). Aliran dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distrubution.Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Aziz Deraman. (2007). Pengukuhan Bahasa dan Pemikiran Melayu Serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Gumperz, John J. (1996). Introduction to Part IV: The Social Matrix, Culture, Praxis, and Discourse. Dlm J.J Gumperz & S. Levinson. Rethinking Linguistic Relativity (hlm. 359 -373). 5. Cambridge University Press. Irwandy (pnyt). Bahasa dan Pemikiran Melayu/ Indonisea Menyosong 2025(hlm 3-22). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 6. Halimah Badioze Zaman. (1992, May). Sastera Kanak-Kanak: Pembentukan Pemikiran dan Pemupukan Nilai-Nilai Murni. Dewan Sastera. 7. Hamzah Hamdani. (2013). Citra dan Visi Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9. Hashim Awang. (2005). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Hashim Awang. (1988). Kritikan Kesusasteraan Melayu: Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 11. Idrus Jasin. (1983). Peranan dan Posisi Watak-watak Binatang di dalam Cerpen-cerpen Melayu Selepas Tahun 1960-an. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 12. Jalongo, M. (2000). Early Childhood Language Arts. (2nd ed.).USA: Allyn & Bacon. 13. Jufrizal Zul Amri & Refnaldi. (2007). Hipotesis Sapir Whorf dan Struktur Informasi Klausa Pentopikalan Bahasa Minangkabau. Jurnal Linguistika, 14(26), 1-22. 14. Kramsch, C. (2001). Language and Culture. UK: Oxford University Press. 15. Lavandera, B. (1988). The Social Pragmatics of Politeness Forms. In U. Ammon and N. Dittmar (Eds.), Sociolinguistics: An International Handbook of The Science of Language and SocietyVol 1. (hlm. 1196-1205)Berlin: Mouton de Gruyter. 16. Masira Kariman. (1986). Nilai Moral dan Pemikiran dalam Cerita Binatang. Bangsar: Universiti Malaya. 17. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Siti Saniah Abu Bakar & Arba’ie Sujud. (1989). Warisan Budaya Berfikir Lambang Kecendekiaan Minda Melayu dalam Sastera Rakyat Kanak-Kanak. Jurnal ASWARA, 5(1), 18–27. 18. Nurfarhana Shahira Rosly, Normaliza Abd Rahman & Hazlina Abdul Halim. (2015). Pengaruh Elemen Cerita Binatang Berbentuk Digital ke atas Ujaran Kanak-kanak Sindrom Asperger. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 02, 75–85. 19. Othman Puteh & Abdul Ahmad. (1984).Sekitar Sastera Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |