UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk untuk mengenalpasti pengetahuan kesediaan global kanak-kanak yang berumur enam tahun di prasekolah berasaskan tujuh aspek global iaitu(a) kemahiran komunikasi dan kebolehan berbahasa pelbagai (b) kemahiran ICT (c) kepelbagaian budaya (d) kemahiran berfikir aras tinggi (e) kemahiran pemeliharaan alam sekitar (f) kemahiran literasi kewangan dan (g) kemahiran asas keselamatan serta pertahanan diri. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soaljawab bertulis berdasarkan gambar dengan melihat beberapa aspek yang diperincikan daripada tujuh aspek yang dinyatakan. Sampel kajian terdiri daripada lapan puluh empat orang kanak-kanak prasekolah dari lima buah prasekolah daerah Mualim, Perak. Data dianalisis dengan melihat perbezaan min dalam pengetahuan Kesediaan Global. Dapatan menunjukkan pengetahuan kanak-kanak yang paling tinggi adalah pengetahuan dalam bahasa (min=.90)dankomunikasi (min=.87)danpengetahuankanak-kanakdalamkemahiranpemeliharaanalamsekitardan keselamatan (min= .90) adalah yang paling rendah daripada kesemua aspek yang dilihat. Dapatan ini menunjukkan kanak-kanak perlu diberi pendidikan dalam kesediaan global untuk menyediakan mereka dengan pengetahuan berdasarkan ketujuh aspek tersebutsupayamereka lebih bersedia menghadapi senario yang sentiasa berubah di peringkat global. Diharap pendidik di peringkat prasekolah dapat merancang aktiviti yang lebih memberi pendedahan kepada kesediaan global kanak-kanak di peringkat prasekolah
|
References |
1. Amla Salleh. (2014). Managing Diversity in Education: The Malaysian Experience. 10.13140/2.1.1626.6565 2. Anna Christina Abdullah. (2009). Multicultural Education in Early Childhood: Issues and Challenges. Journal of International Cooperation in Education, Vol.12 No.1(2009) pp.159-175 3. Carnoy, M., (1999). Globalization and educational reform: What planners need to know. Paris: UNESCO. 4. David, T., (2010). Curriculum in the early years in Pugh Gillian Contemporary issues in earlyyears. London: Sage Publications. 5. Dewan Bahasa dan Pustaka (2013) Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka 6. Er Ah Choy, Catherine Lau YP (2012) Analisis jaringan pihak-pihak berkepentingan ke arah kelestarian kampus. Geografia-Malaysian Journal of Societyand Space 8 (6), 109 -116. 7. Fan, S.P., Liberman, Z., Keysar, B., & Kinzler, K.D. (2015). The exposure advantage: early exposure to a multilingual environment promotes effective communication. Psychological Science, 26 (7), 1090–1097. 8. Kate, C. and D. Cuthbert, 2014. Global childhoods issues & debates. Los Angeles: Sage Publications. 9. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 10. Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum. 11. Oltman, M. (2012). Natural Wonders. A Guide to Early Childhood for Environmental Educators. Minnesota Children’s Museum and the Minnesota Office of Environmental Assistance. Minnesota: Minnesota Children’s Museum. 12. Puchta, H. (2012) Developing Thinking Skills in the Young Learners’ Classroom. Cambridge: Cambridge University Press. 13. Rohaty Mohd Mahzub. (2012). Identiti Guru: Cabaran dan Hala Tuju. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan (110-121). 14. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.Rohaty, M. and B.M. Hamidah. (2014). Pembentukan Kurikulum Pragmatik Prasekolah Abad Ke21. Proceeding International Seminar On Global Education II. 15. United Nations (2015). Transforming our World: The 2030 Agenda for Sustainable Development
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |