UPSI Digital Repository (UDRep)

Seni sebagai terapi banduan melalui program kreatif seni di penjara Malaysia

AVAILABLE Article 629 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Seni sebagai terapi banduan melalui program kreatif seni di penjara Malaysia
Type
Article
Main Author
Mohd Zahuri Khairani
Additional Authors
  • Fareez Vincent Amos
Subject
N Fine Arts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2019
Degree Type
Not related
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian rintis yang dilaksanakan ini merupakan program seni sebagai terapi melalui program seni kreatif di penjara Kajang Malaysia. Ia terdiri daripada aktiviti melukis menggunakan pelbagai medium seni yang melibatkan 20 orang banduan lelaki dan 20 orang banduan wanita berumur antara 21 hingga 63 tahun. Tempoh program ini adalah selama 12 minggu dan 3 jam bagi setiap sesi. Rangka kerja untuk program ini disediakan hasil dari tinjauan literatur dan input dari sesi temubual berstruktur yang dijalankan dengan pakar psikologi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) serta pegawai psikologi penjara dari Pusat Koreksional Perlis. Program akan dijalankan di bengkel vokasional penjara berdasarkan tema spesifik menggunakan medium seni seperti kertas lukisan, pen dakwat dan cat air. Kajian ini juga membincangkan tentang kaedah untuk memperkenalkan rangka program yang dicadangkan di penjara Malaysia. Aktiviti seni sebagai terapi dalam program ini bermula dengan sesi pengenalan dan beberapa latihan untuk menerangkan cara penggunaan medium seni. Aktiviti mingguan dilaksanakan berdasarkan kepada tema tertentu. Setiap hasil karya oleh banduan ini akan didokumenkan dan direkodkan

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.