UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji struktur luaran bahasa dalam haiku karya Na.Patchaibalan bagi mengenalpasti struktur sebenar haiku dan cara penghasilan yang betul. Kajian ini dapat menjawab persoalan tentang struktur bahasa yang digunakan untuk menghasilkan haiku yang sempurna. Struktur yang dikaji merangkumi empat aspek utama iaitu bentuk haiku, penggunaan kata, suku kata, dan jenis yang digunakan oleh penyair. Kajian ini dijalankan menggunakan mod kualitatif dan dihurai secara deskriptif. Maklumat dan data diperolehi dengan kaedah kajian kepustakaan dibuat dengan mencari bahan-bahan rujukan di Dewan Bahasa dan Pustaka, internet, serta perpustakaan beberapa institut pengajian tinggi awam. Kaedah kepustakaan digunakan secara menyeluruh dalam kajian ini. Penelitian terhadap struktur luaran bahasa haiku Na.Patchaibalan memberi satu gambaran yang menyeluruh tentang struktur luaran haiku dengan teliti. Bentuk haiku yang mempunyai tiga baris pendek dengan pola suku kata yang tidak terikat dengan Haiku asal jepun telah dianalisis menggunakan kesemua haiku Na.Patchaibalan. Penelitian ini akan menjadi rujukan kepada penulis-penulis yang minat menulis haiku Tamil pada masa akan datang
|
References |
1. Dewan Bahasa dan Pustaka Dictionary. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chomsky. (1968). Language and mind. New York: Harcourt Brace Jonanovic Corballis. 3. Sumardjo Saini, K. M. (1988). Literature appreciation (Apresiasi kesusasteraan). Jakarta: PT Gramedia 4. Patria Restu Indriawan., Nur Hastuti., & Zaki Ainul Fadli. (2016). Haiku based on Winter Season in Japanese Art Poetry Book – A Semiotic Research (Haiku bertemakan musim dingin dalam buku Japanese Art Poetry - sebuah kajian semiotic). Journal Japanese Literature, 2(1), 1-10. 5. The Hindu (2017). 100 years of haiku in Tamil, downloaded from https://www.thehindu.com/news/national/tamil-nadu/100-years-of-haiku-in-tamil/article17321330.ece 6. Patchaibalan, N. (2009). Illakiya payanathil Haiku paadagan. Selangor: Semman Publication. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |