UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk meneliti peranan sekolah dalam pembentukan perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar.Objektif kajian ini merangkumi tiga perkara iaitu mengenal pasti tahap hubungan antara kaum di sekolah, mengenal pasti isu hubungan kaum dan melihat langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam membentuk perpaduan antara etnik.Kajian ini menggunakan dua teori sosiologi iaitu Teori Fungsionalisme dan Teori Pilihan Rasional.Kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini.Teknik pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada seorang pentadbir, tiga orang guru dan 18 orang pelajar ditemu bual dalam kajian ini.Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap hubungan antara kaum berada pada tahap tidak mesra.Sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk perpaduan antara etnik melalui sambutan perayaan, hari sukan, perkhemahan dan sebagainya.Namun begitu, terdapat juga kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam membentuk perpaduan iaitu masalah dari segi penggunaan bahasa dan kekurangan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dijalankan.Antara usaha yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah terbabit ialah melalui penggunaan akhbar, minggu bahasa, pengucapan awam dan sebagainya.Secara keseluruhannya, sekolah berperanan sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan antara etnik dan menyediakan persekitaran yang baik untuk pelajar berinteraksi dengan pelbagai etnik.Hasil kajian ini dapat membantu guru dan pelajar dalam meningkatkan lagi hubungan sosial antara etnik di sekolah.
|
References |
1. Abdul Fatah Hasan (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn.Bhd. 2. Abd Rahim Abd Rashid (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru.Kuala Lumpur: Utusan Publication &Distributors Sdn. Bhd. 3. Abdul Rahim Hamdan & Siti Norashikin Moin (2009).Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).Pahang: Universiti Teknologi Malaysia 4. Abdul Rahman Abdul Aziz, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri & Muhamed NorAzman Nordin (2014). Ke ArahbPemupukan Dalam Kepelbagaian Masyarakat 1Malaysia.Kuala Lumpur: Institut Terjemah & Buku Malaysia Berhad. 5. Aboud, F. E. Mendelson, M. J. & Purdy, K. T. (2003).Cross-race Peer Relations and Friendship Quality.International Journal of Behavioral Development, 27, 165-173. 6. Ahmad Ali Seman & Warti Bt Kimi (2013). Hubungan Etnik Di Malaysia.Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd. 7. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (2014). Raksa Raya Malaysia. Bangi, Selangor: Institut Terjemahan& Buku Malaysia Berhad. 8. Az Raharja Perkasa (2016). Pengguna Ponsel Di Kalangan Pelajar SMAN 1 Tanggul. Program Studi Sosiologi Fakultas Ilmu Sosial Dan Ilmu Politik Universitas Jember, Indonesia. 9. Andreas Soeroso (2008). Sosiologi 1. Bogor: Yudhistira Quadra. 10. Anderson, M,L. & Taylor, H.F. 2013. Sociology the Essential. United States of Amerika: Wadsworth Cengage Learning. 11. Andri Rizki Putera (2014). Orang Jujur Tidak Sekolah. Jakarta Indonesia: PT Bentang Pustaka. 12. Blau, P. (1964). Exchange and Power in Social Life. New York: John Wiley and Sons. 13. Coleman, J. (1990).Foundations of Social Theory. Cambridge, MA: Belknap Press of Harvard University Press. 14. Cook, K. (1975). Towards a Theory OfInterorganizational Relations: An Extension of The Exchange Model. Seattle: Inst. Social. Res. Univ. Wash. 15. Emerson, R. M. (1972). Exchange Theory: The Problem of Appopriate Data. Seattle: Inst. Social Res. Univ. Wash.Pressented at 1971 Meet. Am. Social Assoc. 16. Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2012).How to Design and Evaluate Research in Education.New York: Mcgraw Hill. 17. Kamaruddin M. Said (2014). Perpaduan Nasional Dalam Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). 18. Ku Hasnita Ku Samsu (2007). Patriotisme dikalangan generasi muda Malaysia: kajian kes ke atas mahasiswa bukanMelayu di Institusi Pengajian Tinggi. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 19. Mohd Shahir Abdullah (2016). Perpaduan Ke Arah Pengukuhan KepimpinanUmmah.http://www.islam.gov.my/en/perpaduan-kearah-pengukuhan kepimpinanummah. Tarikh Akses: 26 Februari 2016. 20. Mohd Yassin. 2006. Peranan Universiti Dalam Memupuk dan Mengukuhkan Perpaduan dan Integrasi Di Mahasiswa. In Readings on Ethnic Relations in A Multicultural Society: Perspectives and Research on NationalUnity and Integration, edited by Zaharah Hassan, Abdul Latif Samian dan Abu Daud Silong. Serdang:Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. 21. Mohamad Saleeh Rahamad (2014). Oksidentalisme dalam Sastera Melayu Sebelum Merdek hingga Era Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. 22. Mohd.Yassin.2006. Peranan Universiti Dalam Memupuk dan Mengukuhkan Perpaduan dan Integrasi Di Kalangan Mahasiswa. In Readings on Ethnic Relations in A Multicultural Society: Perspectives and Research on NationalUnity and Integration, edited by Zaharah Hassan, Abdul Latif Samian dan Abu Daud Silong. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. 23. Miller, N. (1995). Groups In Contact. The Psychology Of Desegregation. New York: Academic Press. 24. Muhammad Nor Che Noh (1982). A Study on Effects Of Participation In Sport And Some Sosio-Psychological Variables On Adjustment And Academic Achievement. Disertasi Phd. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 25. Noriah Mohd Ishak, Siti Fatimah Mohd Yassin, Mohd Izham Mohd Hamzah & Siti Rahayah Ariffin (2010). Kajian Kes dalam Noraini Idris (pnyt).Penyelidikan dalam Pendidikan, 345-372. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. 26. Randy R. Wrihatnolo & Riant Nugroho Dwidjowijoto (2007).Manajemen Pemberdayaan: Sebuah Pengantar dan Panduan untuk Pemberdayaan Masyarakat. Jakarta: PT Elex Media Komputindo Kelompok Gramedia. 27. Saifuddin (2015).Pengelolaan Pembelajaran Teoretis dan Praktis. Yogyakarta: Grup Penerbitan CV Budi Utama. 28. Suzana Sulaiman (2013). Perpaduan Pelajar Pelbagai Etnik: Kehidupan Seharian Pelajar Program Diploma Tahun Dua,Sesi Pengajian 2012/2013, Universiti Malaysia Perlis. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013.4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA.e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 29. Talcott Parsons (1937).The Structure of Social Action: A Study in Social Theory with Speacial Reference to a Group of Recent European Writers. New York and London: Mcgraw-Hill Book Company, Inc. 30. Teo Kian Joo, Abdul Mutallip Abd Ghani, Mohd Sohaimi Ramli, Salmawati Mohd Diah, Hasnah Abu Samah & Mohd Dahlan Abdul Kadir (2014). FaktorFaktor Yang Menghalang Penglibatan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Dalam Kegiatan Sukan Di Waktu Senggang.Artikel 12. http://ipgkik.com/v2/wcontent/uploads/2015/05/Artikel12_2014.pdf 31. Wankel, L.M. (1998). Exercise adherence and leisure activity. In Exercise Adherence: ItsImpacts on Public Health (edited by R.K. Dishman), pp. 369-396. Leeds : Human Kinetics Europe. 32. Yin, R.K (2003).Case Study Research Design and Methods(3thed.) Thousand Oaks, London: SAGE Publication, Inc.. 33. Zulkifli Hamid (2011). Peranan Teori Psikolinguistik dalam Pemurnian dan Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu Di Malaysia.Volume 6, Number 2,183-192, 2011.Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.http://pkukmweb.ukm.my/ebangi/papers/2011/zul011.pdf.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |