UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Zulkifli Osman
Additional Authors :Kusom Yamirudeng
Title :Penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Thailand
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan melaporkan proses penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Thailand berdasarkan model penilaian formatif Tessmer. Kajian ini melibatkan tiga tahap penilaian, iaitu penilaian pakar, maklum balas daripada pensyarah dan pelajar, kumpulan kecil atau rintis, dan kajian lapangan. Tiga pihak terlibat sebagai responden dalam kajian ini, iaitu pakar bidang, pensyarah, dan pelajar. Borang penilaian bahan, komen bersemuka, dokumen pelajar dan bahan yang dibangunkan digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan penilaian pakar, pensyarah dan pelajar menunjukkan bahawa bahan ini perlu disesuaikan dan diperbaiki khususnya dari aspek kandungan, bahan pengajaran dan pedagogi. Dapatan penilaian kumpulan kecil pula mendapati bahawa aspek kandungan, bahan pengajaran, motivasi, pedagogi, kemahiran bahasa dan penilaian sesuai dengan kemampuan pelajar. Dalam penilaian lapangan pula, didapati bahawa aspek penggunaan bahasa, kandungan, ilustrasi, bahasa dan aktiviti yang terdapat dalam bahan pengajaran dan pembelajaran ini dapat memberi kesan yang baik terhadap pelajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dibangunkan perlu mengambil kira pandangan pelajar khususnya dari aspek kandungan, bahan pengajaran dan pedagogi.    

References

Ahmad Omar Chapakia (2002). Politik dan perjuangan masyarakat Islam di Selatan Thailand 1902-2002. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Hj. Omar. (2003). Kaedah dan prinsip. Dlm Atiah Hj Mohd. Salleh & Ramlah Muhamad (Pnyl). Pengajaran Bahasa Melayu untuk penutur asing (1-16). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Bahasa.

Awang Sariyan. (2012). Kemajuan Bahasa Melayu di perangkat kebangsaan dan antarabangsa: Cabaran dan pelan tindakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dick, W., Carey, L., & Carey, J. O. (2005). The systematic design of instruction, (6th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Farhana Idris & Munirah Azrae (2015). Keberkesanan Pengajaran Bahasa Arab Untuk Pemahaman Ayat Al-Quran. E-Prosiding International Conference on Social Science Research (ICSSR 2015). ms. 890.

Islyas Mahyudin. (2008). Pembelajaran dan penelitan BMP di Thailand dan pemanfatan TIK. Kertas kerja dibentangkan Seminar Nasional Bahasa Pada Era Informasi (25-37). 28 Juni 2008. Medan: Gedung Prof. Ildrem USU.

Juwairiah Osman, Jamilah Bebe Mohamad, Anis Nabilla Ahmad, dan Jamal Rizal Razali. (2018). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang. Jurnal Pendeta, 9(1): 61-79.

Morrison, G. R., Ross, S. M., & Kemp, J. E. (2007). Designing effective instruction, (5rd ed.). New York: John Wiley & Sonc, Inc.

Pareeda Hayeeteh & Suhaila Binsamaae.(2010). Learning and teaching Malay language in Islamic private school in Pattani province. Yala: Yala Rajabhat University.

Paitoon M. Chaiyanara. (2001). Hambatan struktur bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu bagi penutur Thai. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing. Dalam Atilah Hj. Mohd. Salleh dan Ramlah Muhamad (penyelenggara). Pengajaran Bahasa Melayu Untuk penutur asing (136-155). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Richey, R. C. & Klien, J.D. (2007). Design and development reseach: Methods, strategies, and issue. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates Publisher.

Tessmer, M. (1993). Planning and conducting formative evaluations: improving the quality of education and training. London: Kogan Page Limited.

Worawit Baru (1999). Dasar kerajaan dan kesannya terhadap bahasa Melayu di negara Thai. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Zulkifli Osman. (2013a). Kebolehlaksanaan dan Kebolehgunaan Modul Pengajaran Bahasa Berlandaskan Pendekatan Holistik. Jurnal Pendeta, 4(1): 202-230.

Zulkifli Osman. (2013b). Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu. Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Zulkifli Osman. (2012). The Application of Holistic Approach in Teaching Language in Classroom : A Malay Language Context in Malaysia. Jurnal Isu Dalam Pendidikan, 35: 104-122

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.