UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB1603 Secondary Education. High schools
Main Author :Zahari Bin Hashim
Title :Hubungan antara ciri-ciri kerja berpasukan dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Pahang
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah bertujuan untuk menerangkan hubungan antara ciri-ciri kerja berpasukan dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif melibatkan pengumpulan data yang dilakukan menggunakan soal selidik. Populasi kajian adalah seramai 677 orang. Sampel kajian melibatkan 250 orang guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang. Statistik deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian manakala statistik inferensi iaitu analisis Korelasi Pearson untuk menguji hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan daripada analisis Korelasi Pearson, bagi aspek dibawah tema proses, analisis menunjukkan aspek potensi, perkongsian beban tugas dan komunikasi/kerjasama di dalam pasukan kerja menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Bagi aspek di bawah tema reka bentuk tugas, aspek pelbagai tugas dan penglibatan menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Bagi aspek di bawah tema konteks, terdapat dua ciri pasukan kerja iaitu latihan dan komunikasi/kerjasama antara pasukan menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Manakala bagi aspek di bawah tema saling bergantungan, terdapat dua ciri pasukan kerja iaitu saling bergantungan terhadap matlamat dan saling bergantungan terhadap maklumbalas/ganjaran menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Implikasi kajian adalah semakin tinggi ciri-ciri kerja berpasukan maka semakin tinggi keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang.

References

Ab. Aziz Yusof. 2002. Penilaian prestasi: Kepentingan dan permasalahan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Yusof. 2003. Mengurus pasukan kerja prestasi tinggi. Prentice-Hall:Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Abdul Razak Ibrahim & Amin Sulaiman. 2000. 8th ed. Gelagat Organisasi. Malaysia: Prentice-Hall, Inc.

Campion, M.A., Medsker, G.J. & Higgs, A.C. 1993. Relations between work group characteristic and effectiveness: Implication for designing effective work Groups: Personnel Psychology 46:  823-850

Chua Yan Piaw. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill

Daft, R.L. 1999. Leadership: Theory & practice. Orlando FL. Harcourt Brace CollegePublishers.

Gay, L.R. & Airasian, P. 2009. Educational research: Competence for analysis and application. Edisi Ke 7. Ohio: Merril Prentice Hall.

Katzenbach, J.R. & Douglas, D.K. 1993. The wisdom of the teams: Creating The High-Performance Organization; United State of America: Mc Kinsey & Company, Inc.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Krejcie, R.Y. & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities.Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610.

Lussier, R.N. & Achua, C.F. 2001. Leadership: Theory, Application , Skill. South-Western College Publishing.

Mohd. Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Ed. Ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar Zakaria. 1999. Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh Dalam Kepimpinan Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah Kota Star, Kedah. Tesis M.Sc. (Pengurusan), Universiti Utara Malaysia.

Pounder, D.G. 1999. Teacher’s Team: Exploring job characteristic and work related outcomes of work group enhancement. Educational Administration Quarterly 35 (3): 317-348.

Safiah Awang. 2001. Panitia Bahasa Inggeris Sebagai Sebuah Pasukan Kerja Berkesan: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan: Skudai, Universiti Teknologi Malaysia.

Senge, P. 1992. The fifth discipline: The art and practice of the learning organization.New York: Currently and Doublenaye.

Zulkifli Abd. Aziz. 2000. Persepsi guru-guru terhadap budaya kerja berpasukan di Sekolah Menengah Teknik, Daerah Alor Star, Kedah Darulaman. Tesis M.Sc. (Pengurusan dan Pentadbiran), Universiti Teknologi Malaysia.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)